Muhammad Aidil Bin Zulkifli

Rakaman Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pada 3 Januari 2013

Kenangan Forum Bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus

Jom! Bersama Kami membentuk generasi Al Quran

Upah Haji / Badal Haji

Pendaftaran untuk upah haji / badal haji 1434 dibuka sekarang. Insyallah sempurna "

BACALAH AL QURAN!

Bacalah Al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti Al Quran akan datang membawa syafaat kepada org yg membacanya ’.

Rasululah S.A.W bersabda!'

""Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pelapis Al Quran’.

Kenangan di Karnival

Mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah ’.

Pendaftaran Upah Haji 1434 dibuka sekarang

“Sudahkah ibu bapa anda yang meninggal dunia menunaikan haji?.”"

Sabda Rasulullah S.A.W

““Tiap - tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As .”.” "

Ahmad Fahmi Abdul Rahman!

““Tempat Ketiga Program Hafazan Al Quran Peringkat Remaja Bawah 15 Tahun - 26 Mei 2012 di muzium Kesenian Islam.”.” "

Ustaz Don Daniyal Biyajid!

““Pelancaran Dana Penambahan Bangunan Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 16 Ogos 2012.”.” "

JOM! INFAQ DAN WAKAF!

““Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam.”.” "

Perspektif Cadangan Bangunan Asrama Tahfiz

““Jom! Wakaf harta untuk pembinaan Bangunan Baru Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hubungi 013 2791608 .”.” "

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bersama Ustaz Zamri

Jom! Bersama kami membentuk Generasi Al Quran

Muhammad Zulhusni Bin Othman

Naib Juara Pertandingan Hafazan Al Quran Peringkat Daerah Gombak 19 dan 20 Jan 2013 di Masjid Al Ansar AU2- Kategori 1-20 Juzuk

Sabtu, 1 Mei 2010

Buku Resit Pembinaan Surau dilupuskan

AJK mengambil kesempatan pada hari ini untuk melupuskan semua buku - buku resit yang berkaitan dengan pembinaan surau. Tugasan melupus ini telah diamanahkan kepada juruaudit surau. Ni kira gambar bukti la ni.
Gambar Juruaudit sedang tersenyum melupuskan resit.

antara buku resit yang dilupuskan

ni pun resit yang dilupuskan.

Ni pula ialah gambarjuruaudit yang sempat dirakam sebelum kerusinya patah.

Gotong Royong Berjaya

 
Sarapan dulu ... apa tengok tengok?
 
Alhamdulillah program gotong royong pagi ini berjalan dengan lancar dan teratur. Terimakasih kepada semua yang terlibat. Berikut adalah sebahagian rakaman untuk tatapan semua.Semoga Allah memberkati Anda..
 
 
 
 
Ruang solat dibersihkan.


Sapu kasi bersih

Ops! Bersih Pejabat. Pejabat dah bersih dah...
 
Nabil ambil bahagian menjimatkan air.
 
Muslimat tolong buat sarapan

 
Projek Recycle Jualan Barangan terpakai mendapat sambutan. Surat khabar lama, barangan plastik, besi dan barangan elektrik seperti TV terpakai pun boleh dikitar semula. Untuk dapat pahala lebih anda boleh bawa TV 49 inci  ke sini.
 
Rumput dah panjang

ada banyak lagi gambar - gambar yang belum sempat di upload... nanti senang 2 SK masukkan la yer.... Salammm

Hasil penggunaan Audio dalam Blog

Setelah cuba memasukkan audio dalam blog dan melihat hasilnya, kesimpulan yang dapat dibuat ialah , audio di dalam blog memang melembabkan pergerakan sistem komputer. Hasilnya membosankan. Lambat yang teramat lambat.Bukan setakat sempat masak maggie mi, nak masak sup lutut pun sempat.

Jumaat, 30 April 2010

Lagi petua untuk Blogger!!

Ada pendapat mengatakan memuat naikkan lagu dalam blog, akan menyebabkan blog jadi slow dan lembab giler. Sekadar berkongsi maklumat. Jika anda seorang blogger, anda mungkin dah biasa dengan audio dalam blog. Apa kata hari ini anda mencuba sesuatu yang baru dari http://www.mixpod.com/.

selamat mencuba. kalau slow tak payah la.... buang karen je.... hari ni saya cuba letak sedikit audio dalam blog sekadar percubaan. Kalau slow , esok SK delete la.

Menunaikan Tanggungjawab pada Negara

Hari ini adalah hari terakhir dalam bulan April. Macam biasa, seperti tahun - tahun yg lepas,kita menunaikan  tanggungjawab pada negara dengan membayar cukai pendapatan tahunan. Anda yang belum menunaikan tanggungjawab ini, masih  ada beberapa jam lagi untuk melaksanakannya.
Klik sini untuk membayar cukai secara online https://e.hasil.gov.my/

Semoga menjadi rakyat yang baik dan bertanggungjawab. Dan yang menguruskan cukai n,i pulak kena la menjadi pengurus yang baik juga.....

Rabu, 28 April 2010

Percaya kepada Malaikat!!


RUKUN iman yang kedua ialah percaya kepada malaikat. Setiap Muslim yang mengucap dua kalimah syahadah wajib mempercayai adanya malaikat yang juga makhluk Allah SWT yang diciptakan daripada cahaya.

Zat malaikat adalah halus, tidak nampak oleh mata kasar manusia biasa tetapi mampu dilihat oleh manusia yang luar biasa seperti Nabi dan Rasul. Rupa malaikat yang sebenar hanya Allah S.W.T yang tahu. Namun, berdasarkan hadis, malaikat mampu menjelma dalam pelbagai rupa manusia dan makhluk lain.

Ia berakal, boleh berkata-kata dan mampu bergerak ke satu jarak yang jauh dalam masa singkat. Kewujudan malaikat semata-mata untuk taat dan menjalankan titah perintah Allah SWT. Malaikat tidak makan dan tidak minum, tidak mengantuk dan tidak tidur, tidak juga ia berasa penat dan letih. Malaikat sangat banyak bilangannya dan Allah SWT saja yang tahu bilangan sebenarnya. Dalam ilmu Tauhid, umat Islam diwajibkan mengenal 10 malaikat dan tugasan mereka.

  1. JIBRAIL: Tugasnya membawa wahyu daripada Allah SWT kepada Rasul dan Nabi, juga menguruskan bala seperti gempa bumi, banjir, ribut dan lain-lain lagi.
  2.  MIKAIL: Tugasnya membawa rezeki dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, membiakkan haiwan dan mengeluarkan hasil galian bumi.
  3. ISRAFIL: Tugasnya untuk meniup sangkakala ketika sampai masa kiamat iaitu bumi akan hancur. Sekali lagi ia meniup sangkakala itu ketika sampai masa manusia hidup semula dan keluar dari kubur untuk perhitungan di akhirat.
  4. IZRAIL: Tugasnya mengambil nyawa iaitu mematikan apabila sampai ajal dan tugasnya mengambil nyawa tidak akan cepat sesaat atau lewat walau sesaat.
  5. MUNKAR: Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.
  6. NAKIR: Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.
  7. RAQIB: Tugasnya menulis pahala bagi orang yang membuat kebaikan.
  8. ATID: Tugasnya menulis dosa orang yang membuat mungkar dan kejahatan.
  9. RIDHWAN: Penjaga syurga.
  10. MALIK: Penjaga neraka.
Firman Allah SWT dalam Surah at-Tahrim ayat 66: “Malaikat itu tidak menderhaka kepada Allah mengenai apa yang Dia perintah kepada mereka dan mereka membuat apa jua perintah oleh-Nya.”








Jam Digital Berbentuk Kuku

Jam Digital Berbentuk Kuku

Jam digital berbentuk kuku yang permukaannya diperbuat daripada bahan lut sinar ini, boleh terus ditempel pada kuku anda. Warna angka pada permukaan jam ini boleh disesuaikan. Malahan, dalam keadaan gelap, angka itu juga boleh diterangi untuk memudahkan anda melihat waktu. Apabila terasa tidak mahu menggunakannya, anda boleh memadamkan terus angka itu pada bila-bila masa.


Jam dinding dah ada, jam tangan pun dah ada, jam ni kita panggil dia jam kuku. Siapa yang berkuku besi tu elok la tukar jam kuku ni.

Selasa, 27 April 2010

Penipuan Kad Kredit

Seorang rakan dengan nada cemas, menelefon saya meminta bantuan masalah yang dihadapinya. Semuanya gara-gara kad kredit...

Begini kesnya:
Rakan ini mempunyai kad kredit yang dikeluarkan oleh Bank A dengan had kredit kurang dari RM10,000.
Pada suatu hari, dia menerima panggilan telefon dari seseorang yang saya kategorikan sebagai penjenayah.

Penjenayah 1 - Encik, saya dari Bank B, ingin meminta pengesahan mengenai pembelian barangan menggunakan kad kredit encik ini.
Rakan - Pembelian barang? Saya tidak membeli apa-apa barang. Kad kredit ada pada saya.
Penjenayah 1- Kami sedang menunggu kelulusan encik untuk 'approve' penggunaan kad kredit ini. Had limit encik sudah melebihi, sebab itu kami menelefon untuk kepastian.
Rakan - Apa yang saya beli? Saya tidak pernah ada kad kredit dari Bank B.
Penjenayah 1 - Maaf, tapi kad kredit encik ini 'Gold Card', had limit dah melebihi RM20,000. Baru tadi ada satu lagi transaksi RM5000. Itu dah diluluskan.
Rakan - Macamana boleh berlaku ? Di mana transaksi itu berlaku?
Penjenayah 1- Di KLIA. Kalau macam tu, kad kredit encik mungkin telah dipalsukan. Kami perlukan maklumat lanjut untuk membantu encik.
Rakan - Saya kena buat laporan polis dan Bank Negara.Ada orang salahgunakan maklumat diri saya.
Penjenayah 1- Ok, encik jangan bimbang. Saya akan sambungkan encik dengan pegawai di Bank Negara untuk membantu encik.

Panggilan diletakkan dalam 'on-hold' dan beberapa saat kemudian, kedengaran satu suara.

Penjenayah 2 - Saya (Penjenayah 2 dari Bank Negara). Ok, encik jangan risau. Kami akan pantau keadaan ini, tetapi encik jangan buat apa-apa laporan polis lagi. Tunggu dalam tempoh 3 hari.

Rakan - Kenapa tak boleh buat laporan polis?

Penjenayah 2 - Oh, itu prosedur kami, kerana kami tidak mahu penjenayah lari atau tahu dia sedang dikesan. Untuk itu, kami perlukan butiran encik seperti nama penuh, alamat, maklumat kad kredit dan butiran lain.

Oleh kerana cemas, panik dan risau, maka tanpa teragak-agak, rakan itu memberikan butiran seperti yang diminta. Maka bocorlah berbagai maklumat yang tak sepatutnya kepada orang yang tak dikenali.

Sebaik menceritakan keadaan itu kepada saya, saya meminta dia melaporkan kepada polis kerana panggilan itu adalah penipuan semata-mata untuk mendapatkan maklumat untuk mereka palsukan kad kreditnya atau tujuan lain.

Panduan :
1. Panggilan kononnya dari bank untuk meminta kepastian penggunaan kad kredit itu sendiri sudah terang-terang penipuan.

Lojiknya ialah - pernahkah ketika anda gunakan kad kredit, tiba - tiba pihak bank telefon anda sendiri untuk mengesahkannya sedangkan anda tiadapun kad kredit dari Bank B itu.
2. Taktik penjenayah bahawa kad anda konon telah dipalsukan, berjaya membuatkan anda panik dan seolah-olah menyerah diri kepada Bank untuk membantu.
3. Begitu mudah Bank menyambungkan panggilan ke Bank Negara adalah merupakan satu lawak jenaka yang sepatutnya anda telah menyedari anda sedang ditipu.
4. Tempoh 3 hari supaya tidak membuat laporan polis, adalah juga lawak yang sepatutnya anda ambil serius. Sebenarnya, dalam tempoh 3 hari itulah akaun anda akan dikerjakan mereka.
5. Taktik ini sama seperti email scam , cuma bezanya, ia menggunakan telefon
6.Menurut rakan saya, dia baru sahaja mendaftarkan nombor telefon barunya tidak sampai sebulan dengan sebuah syarikat telco, dan tiada siapa yang tahu nombor telefon itu. Dia pelik, bagaimana 'Bank' tahu nombor telefon itu sedangkan dia tidak pernah catat atau hebahkan nombor itu kepada sesiapa atau mana-mana pihak.
7. Anda tidak akan dapat menghubungi nombor yang membuat panggilan ke telefon bimbit anda kerana penjenayah menggunaakan 'private number' atau nombor yang tidak akan dapat anda dail semula. --

Gambar-gambar Sepanjang PRK Hulu Selangor UPU Serendah












penyokong

















Isnin, 26 April 2010

Petua Mendapat Rahmat!!!

Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia" (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib r.a., bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda,"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada orang - orang yang berada pada saf - saf terhadapan" Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF

(Tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a., bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - saf"(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.,bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn',maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu"Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat,selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'"(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

Selepas 30 hari beroperasi

Selepas lebih kurang 30 hari blog ni beroperasi, blog ini telah dilawati oleh pengunjung dari negara - negara berikut. Tanda merah pada peta ini adalah tanda di mana IP pengguna di kesan melayari blog ini. Teknologi mengesan ini menggunakan teknologi clutrmaps.com.

Terimakasih kepada anda kerana memberi sokongan mengikuti perkembangan blog ini.


Jangan Lupa Malam ni

Jemput datang beramai - ramai.
Tolong sebarkan Kuliah Maghrib Malam ni.
KULIAH BULANAN!!
Hari : Isnin
Tarikh : 26 April 2010
Masa : lepas solat Maghrib
Oleh : Ustaz Dato Ismail Bin Kamus
Pengajian Kitab Jauharul Mauhub
Tempat : Surau Ad Diniyyah Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Jalan Sungai Tua, Batu Caves

Ahad, 25 April 2010

6.05 petang : Masa dah Tamat.


Permainan dah tamat..... kita tunggu keputusan (Ni bukan Khairi Jamaludin tau!!)


Pimpinan berdoa bersama petugas di penghujung waktu pengundian.

Petugas masih bertahan dan menunggu di Pusat Pembuangan undi .
Sejumlah 48,935 atau 75.87 peratus keluar mengundi hari ini

Terkini dari malaysiakini di suraukini


Tetap berkibar walaupun hujan (GAMBAR TERBAIK lensaBBS)


3.48 Hujan lebat di Batang Kali. Sejukkkkkkk la pulak
3.30ptg: Sehingga jam 3 petang, 67.18 peratus atau 43,333 sudah keluar mengundi.
2.48ptg: Hujan renyai di Batang Kali.
2.30ptg: Sehingga jam 2 petang, 63.74 peratus atau 41,112 sudah keluar mengundi

3.36 petang Situasi sepanjang perjalanan sekitar Serendah

Hujan renyai - renyai. Tapi cuaca panas .Kami menuju ke ke pusat pengundian di Sekolah Rendah Agama Serendah. Keadaan masih meriah. Motivasi perayu undi masih tinggi.

3.08 petang

Kami akan bergerak ke pusat pengundian yang lain pula.....tunggu update!!

1.12 meninjau kawasan di ulu yam

Situasi di Ulu Yam 50 - 50. Masing masing masih kuat berkempen. Cuaca kat sini panas sikit. Matahari dah tinggi. Kami meneruskan perjalanan balik ke markaz Di Serendah. Zohor dah masuk ni. Kami nak cari tempat solat dulu la.

12.45 Kami dah sampai Pekan Batang Kali.


Cuaca ok. Takde la panas sangat. Kedua - dua penyokong parti bertanding sama bersemangat. Cuma nampak Pondok Panas Be End macam dah takde orang. Mungkin berhenti solat zohor kut..... masaalahnya zohor tak masuk waktu lagi ni....huhuhuhuh

gambar sepanjang perjalan ke Batang Kali


gambar nik aziz kena conteng


Terima kasih kepada leansaBBS kerana banyak merakam gambar sepanjang perjalan dari Serendah ke Batang Kali.Khas untuk tatapan semua !!!

12.03 Bosan dalam jem


Masih dalam perjalanan. Bosan Mengekor di belakang kereta yang berderet panjang. Sambil tu sempat meninjau ke blog - blog lain, saya terjumpa gambar ni. Ni bukan gambar calon Be End. Sekadar menghilangkan tension dalam jem. Heheheheheh!

12.04 masih dalam perjalanan ke Batang Kali

Kami masih dalam perjalanan ke Batang Kali. Selepas makan tengahari .Nasi Bungkus ayam masak pedas dengan sayur kubis. Harap line berukben ni ok kat area sini. Jalan mula perlahan di hadapan pusat pengundian memasuki pekan Batang Kali.

Terkini dari malaysiakini di suraukini

11.30pagi: Menurut SPR, sehingga jam 11 pagi tadi, 38.21 peratus atau 24,645 sudah keluar mengundi.

10.36 Senjata terbaik ketika ini ialah DOA


Satu senjata yang paling ampuh di saat ketika ini (selain berjuang dan terus berjuang) ialah DOA.

Terima kasih kepada semua yang mengikuti blog ini dari jauh . Jangan lupa berdoa kerana doa adalah senjata orang mukmin.

Terkini Malaysiakini

Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor bermula pagi ini sebaik sahaja 48 pusat mengundi dibuka jam 8 pagi ini. Sehingga jam 10 pagi tadi, 16,932 atau 26.25 peratus sudah keluar mengundi

11.14 kami bergerak ke UPU Batang Kali

Oleh kerana keadaan di UPU Serendah sudah memihak pada PR, kami akan bergerak ke UPU Batang Kali sekarang untuk meninjau keadaan di sana.. Jumpa lagi .....

10.52 Pagi Penyokong PR meriahkan Suasana.


Gelagat penyokong PR menghibur dan menceriakan suasana. Penyokong PR nampak bertambah ramai. Bersama saya seorang Pak Cik Dari Kedah datang bersama sebuah bas. Beliau memaklumkan suasana di tempat pengundian yg lain memihak kepada PR.