Muhammad Aidil Bin Zulkifli

Rakaman Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pada 3 Januari 2013

Kenangan Forum Bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus

Jom! Bersama Kami membentuk generasi Al Quran

Upah Haji / Badal Haji

Pendaftaran untuk upah haji / badal haji 1434 dibuka sekarang. Insyallah sempurna "

BACALAH AL QURAN!

Bacalah Al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti Al Quran akan datang membawa syafaat kepada org yg membacanya ’.

Rasululah S.A.W bersabda!'

""Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pelapis Al Quran’.

Kenangan di Karnival

Mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah ’.

Pendaftaran Upah Haji 1434 dibuka sekarang

“Sudahkah ibu bapa anda yang meninggal dunia menunaikan haji?.”"

Sabda Rasulullah S.A.W

““Tiap - tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As .”.” "

Ahmad Fahmi Abdul Rahman!

““Tempat Ketiga Program Hafazan Al Quran Peringkat Remaja Bawah 15 Tahun - 26 Mei 2012 di muzium Kesenian Islam.”.” "

Ustaz Don Daniyal Biyajid!

““Pelancaran Dana Penambahan Bangunan Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 16 Ogos 2012.”.” "

JOM! INFAQ DAN WAKAF!

““Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam.”.” "

Perspektif Cadangan Bangunan Asrama Tahfiz

““Jom! Wakaf harta untuk pembinaan Bangunan Baru Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hubungi 013 2791608 .”.” "

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bersama Ustaz Zamri

Jom! Bersama kami membentuk Generasi Al Quran

Muhammad Zulhusni Bin Othman

Naib Juara Pertandingan Hafazan Al Quran Peringkat Daerah Gombak 19 dan 20 Jan 2013 di Masjid Al Ansar AU2- Kategori 1-20 Juzuk

Jumaat, 13 Ogos 2010

Ayat Syifa' di dinding Surau Ad Diniyyah

Salam Ramadhan!

Alhamdulillah, ada seorang hamba Allah dari taman ini, berbesar hati untuk menyumbang Khat ayat Al Quran untuk diletakkan di dinding surau kita. SK telah diminta untuk memilih ayat yang sesuai untuk tujuan tersebut. Selepas berbincang dengan beberapa orang sahabat, pihak surau bersetuju untuk memilih  ayat - ayat Syifa' yang menjadi amalan sebahagian pengamal - pengamal perubatan Islam..

Syifa' kalau diterjemah ke dalam bahasa Melayu membawa maksud Penyembuh. Ayat - ayat syifa' bermaksud ayat - ayat yang boleh menyembuh dan merawat pelbagai jenis penyakit. Mudah - mudahan apabila adanya ayat ini di dinding surau nanti dapatlah jemaah surau beramal dan menghafal ayat - ayat tersebut. Nak tahu fadhilat ayat syifa'? Belilah buku ini.

Dalam buku ini banyak diterangkan fadhilat dan kegunaan ayat- ayat syifa'. Molek dihafal dan dijadikan bacaan harian.

Insya' Allah dalam minggu depan khat ini akan siap dipasang. 2 -3 hari ini SK cuba meruangkan masa untuk menyemak ayat - ayat yang bakal dicetak. Kerja menyemak ini kena buat dengan betul - betul teliti. Maklumlah semuanya ayat Al Quran. Kalau tersalah cetak, nak diulang cetak kosnya besar juga. Mohon jasa baik ustaz - ustaz di taman boleh bantu menyemak ayat ini nanti.

Setakat hari ini, sudah 2 kali SK membuat semakan membetulkan kesalahan menaip ayat. Risau juga dibuatnya. Kali pertama buat semakan terdapat lebih dari 50 kesalahan taipan. Hari ini SK buat semakan lagi, masih ada 21 kesalahan ejaan dan baris.Insya'alla ayat ini akan dicetak selepas disemak oleh 3 - 4 orang Ustaz di taman kita.

Kat bawah ni adalah contoh ayat yang tersalah cetak. Sekali pandang macam takde apa yang salah. Kalau diteliti betul - betul , sebenarnya terdapat beberapa kesalahan .Cuba gunakan kemahiran anda mencari kesalahan tersebut. Kalau jumpa, SK belanja Mandy Laham!

Jangan save ayat ini. Ini ayat yang salah.

Ini adalah salah satu ayat Syifa' yang akan diletakkan di dinding surau. Terdapat 4 kesalahan dalam ayat tersebut.

Insya'Allah kalau dah siap pasang nanti kita ambil gambar. Tunjuk kat Lan di London.

wassalam
SK

Gerakan sia - sia dalam solat


Syaikh Muhammad bin Shalih al-Munajjid
BAB BANYAK MELAKUKAN GERAKAN SIA-SIA DALAM SOLAT
Ramai dikalangan umat Islam pada hari melakukan gerakan sia - sia dalam solat. Yakni melakukan gerakan yang tidak ada gunanya dalam solat.  Mereka tidak mematuhi perintah Allah yang tersebut dalam firman-Nya, “Berdirilah karena Allah (dalam solatmu) dengan khusyu’.” (Al-Baqarah: 238)

Mereka juga tidak memahami firman Allah, “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang - orang yang khusyu’ dalam solatnya.” (Al- Mukminun: 1-2)

Suatu ketika Rasulullah SAW ditanya tentang hukum meratakan tanah ketika sujud. Beliau menjawab,

لاَ تَمْسَحْ وَأَنْتَ تُصَلِّي فَإِنْ كُنْتَ لاَبُدَّ فَاعِلاً فَوَاحِدَةً تَسْوِيَةَ الْحَصَى.

Jangan engkau mengusap ketika engkau dalam keadaan solat. Jika (terpaksa melakukannya) harus melakukannya, maka (cukup) sekali meratakan kerikil.”( Hadits riwayat Abu Dawud, 11/581; dalam Shahihul Jami’ no. 7452 (Imam Muslim meriwayatkan hadits senada dari Mu’aiqib, Ibnu Baz).)

Para ulama menyebut, banyak gerakan secara berturut - turut tanpa sebab yang membolehkannya, dapat membatalkan solat. Apalagi orang yang melakukan pekerjaan yang tidak ada gunanya dalam solat seperti melihat jam tangan, membetulkan pakaian, menggeleng -gelengkan kepala, memasukkan jari ke dalam hidung, melempar pandangan ke kiri, dan ke kanan atau ke atas langit. Ia tidak takut kalau - kalau Allah mencabut penglihatannya atau syaitan melalaikannya dari ibadah solat

Khamis, 12 Ogos 2010

Abraj Al Bait : Menara Jam Besar Makkah dirasmikan 1 Ramadhan 1431


Semalam sewaktu sedang bermoreh dengan Al Fadhil Ustaz Ahmad Awang selepas solat tarawikh, ustaz ada menyebut tentang perasmian Menara Jam terbesar di Makkah. Katanya perasmian telah berlangsung semalam ketika masuknya waktu Maghrib 1 Ramadhan 1431.

Pagi ini SK cuba membuat carian di internet melihat kut kut ada gambar terbaru perasmian. Ada bebarapa video yang SK jumpa di youtube, tetapi tidak pula berjumpa rakaman video acara perasmian tersebut.

Ketika menyaksikan klip di bawah ini teringat SK kepada Sabda Rasulullah S.A.W dalam sepotong hadith tentang tanda - tanda hari kiamat.

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim”

 


Masyallah betapa hebatnya Rasullullah. Baginda telah tahu apa yang akan berlaku pada hari ini. Siapa yang memberitahu Rasulullah tentang perkara ini 1431 tahun yang lalu? tidak lain dan tidak bukan itulah tanda bukti kebenaran Rasul sebagai utusan Allah.

Belakang jam

Jarum jam

berubah - ubah warna lampunya

 


Sekadar berkongsi maklumat dengan sahabat, molek juga kita tonton beberapa klip ini. Selamat menonton!

 

INI FAKTA YANG LEBIH MENARIK !!. MAKKAH TERLETAK DI PUSAT DUNIA DAN MENARA JAM INI AKAN MENJADI WAKTU STANDARD  GREENWICH MEAN TIME (GMT)

Sumber Mymetro
MAKKAH: Umat Islam seluruh dunia boleh merujuk waktu di negara masing-masing apabila jam terbesar di dunia akan mula berdetik di menara bangunan pencakar langit di Makkah.

Menara jam yang dibina di bangunan kedua tertinggi di dunia itu akan menjadikan Makkah sebagai rujukan waktu standard dunia berbanding waktu median Greenwich.

Jam itu dijangka mampu menggantikan waktu standard Greenwich Mean Time (GMT) yang digunakan sejak 126 tahun lalu. Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridan dunia kerana kedudukan Makkah di tengah-tengah dunia. Waktu Greenwich dikuatkuasakan Barat pada 1884. Jam berkenaan akan mula berdetik pada 12 Ogos dalam minggu pertama Ramadan dan akan menjalani tempoh percubaan selama tiga bulan.

Menara jam Makkah mempunyai empat permukaan seluas 46 meter yang dibuat daripada jubin komposit berteknologi tinggi yang dilapik emas dan berdiri dengan ketinggian 400 meter di luar halaman Masjidil Haram.

Syarikat Premiere Composite yang ditugaskan menyiapkan binaan menara jam Makkah merangka pembinaannya dengan ketinggian 590 meter. Ketinggian itu membolehkan menara jam Makkah menjadi menara kedua tertinggi di dunia mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).

Pembinaan menara jam Makkah membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Muka jam yang berdiameter enam kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu. - Agensi

2 juta LED
 
Kiamat kian Hampir.. Semoga Ramadhan ini yang terbaik. Salam Ramadhan Al Mubarak dari suraukini.








Rabu, 11 Ogos 2010

Video Sungai dalam Laut

Bekas ADUN dan Pembantu : Confirm Bunuh dan Bunuh Diri

Gambar : Bunuh dan Bunuh Diri

IKTIBAR KEPADA YANG MASIH HIDUP

Saya tidak sampai hati nak tunjuk semua gambar kes bunuh dan bunuh diri yang memang sudah tersebar di internet. Yang sudah pergi biarlah dia pergi. Yang masih hidup ambillah kisah ini sebagai pengajaran. Kesempatan ini suka saya mengulangi Hadis Rasulullah S.A.W yang menyebut

"Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Begitu juga, sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, maka dia akan terjun dalam Neraka Jahanam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. hr Muslim


KITAB : IMAN

BAB : Beratnya Hukum Membunuh Diri. Sesungguhnya Sesiapa Yang Membunuh Dirinya Sendiri Dengan Sesuatu, Maka Dia Akan Diazab Di Dalam Neraka Dengan Benda Tersebut Dan Sesungguhnya Tidak Akan Masuk Syurga Melainkan Jiwa Yang Muslim Iaitu Berserah Diri Kepada Takdir Allah.

Semoga Allah Taala jauhkan perkara seperti ini dari zuriat keturunan kita

Sumber utusan online

Berita asal  adalah seperti berikut

PETALING JAYA 10 Ogos – Bunuh dan bunuh diri - Itulah klasifikasi polis berhubung kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh dan bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat.

Pengesahan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar itu sekali gus menutup kes tersebut dan menamatkan spekulasi dan misteri dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran susur keluar Sungai Buloh pada 3 Ogos lalu.

Khalid bagaimanapun enggan mendedahkan individu yang menembak sebelum membunuh diri serta hasil laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas kedua-dua mereka.

Menurut beliau, siasatan berhubung kes tersebut juga telah selesai selepas pihaknya merekod keterangan daripada ahli keluarga mangsa.

“Setelah menjalankan siasatan, kita tidak menemui pihak ketiga untuk dikaitkan dalam kejadian tersebut. Oleh itu, polis menganggap kes ini telah selesai.

“Polis juga telah mengetahui motif kejadian itu namun, ia tidak perlu diumumkan kerana tiada suspek lain yang dicari untuk didakwa di mahkamah,” katanya selepas merasmikan sistem anti-rampasan yang digunakan oleh van milik syarikat British American Tobacco Malaysia di sini hari ini.

Pada Selasa lalu, Abdul Aziz, 64, dan Siti Rohana, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala masing-masing dalam sebuah kereta yang terbabas di lebuh raya berkenaan.

Polis turut menemui sepucuk pistol Revolver .38 mm yang masih berisi dua peluru milik Abdul Aziz, di celah tempat duduk depan Toyota Caldina milik Siti Rohana.

Sebelum ini, timbul desas desus yang mengatakan pasangan itu mempunyai hubungan antara satu sama lain, namun ia dinafikan oleh keluarga masing-masing.



Gemukkan Iman, Kuruskan Badan!


Kelebihan Lapar dan keburukan kenyang
1. Allah melarang kita melampau dalam makanan.

Firman Allah s.w.t:"Dan makan serta minumlah, dan janganlah melampau. Sesungguhnya Dia tidak suka orang-orang yang melampau."(Al-A'raf)
2. Hanya dua pertiga perut.

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada bekas yang dipenuhi oleh manusia lebih terok dari perutnya. Cukuplah manusia itu memakan beberapa suapan yang menegakkan tulang tulang sulbinya. Jika dia tetap nak jugak makan banyak maka satu pertiga perutnya untuk makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi dikosongkan."(Hr Tirmizi dan Abu Daud)
3. Lapar menyukarkan syaitan.

Nabi s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya syaitan lalu di dalam tubuh manusia seperti lalunya darah. Sempitkan laluan syaitan dengan lapar dan dahaga."(Hr Ibnu Abi ad-Dunya-daif)

4. Kenyang di dunia lapar di akhirat.

Nabi s.a.w bersabda:"Maka sesungguhnya orang yang paling lama lapar pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak kenyang di dunia."(Hr Baihaqi dan at-Tirmizi -Hasan )

5. Lapar adalah sunnah Nabi s.a.w

Abu Hurairah r.a berkata:"Nabi s.a.w dan ahli keluarganya tidak pernah kenyang selama tiga hari berturut dengan roti gandum sehinggalah baginda meninggal dunia."(Hr Muslim - sahih)

6. Perut yang boroi tidak disukai Nabi s.a.w

Suatu hari Nabi s.a.w melihat kepada lelaki yang boroi perutnya. Maka Nabi s.a.w menunjukkan kearah perut lelaki itu dgn jarinya, seraya bersabda:
"Kalaulah makanan-makanan ini (yang menyebabkan perut boroi) diberikan kepada orang yang memerlukan adalah lebih baik."(Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi -sanadnya jaid)

7. Orang yang kuat makan tidak ada nilai disisi Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda:"Maka didatangkan pada hari kiamat seorang yang besar, panjang, kuat makan dan kuat minum tetapi apabila ditimbang amalannya tidak ada sebesar nilai kepak nyamuk pun disisi Allah."(Hr Bukhari dan Muslim -sahih)

8. Hukum - hukum makan

Makan ini ada beberapa hukum:

1. Wajib: makan yang mengelakkan kematian.
2. Sunnah: Makan beberapa suap ketika lapar.
3. Harus: makan dan minum sehingga dua pertiga perut.
4. Makruh: Lebih dua pertiga dan tidak penuh perut.
5. Haram: Makan sehingga penuh perut.

Pengharaman makan sehingga penuh perut disebut oleh dalam kitab al-Maraqil Ubudiah karangan Imam Nawawi bentan.

9. Keburukan Kenyang

Abu Sulaiman ad-Darani telah berkata: "Sesiapa yang kenyang maka mendapat enam keburukan:

1. Kehilangan kemanisan bermunajat.
2. Susah hendak mengahafal mutiara ilmu.
3. Kurang rasa kasihan pada manusia lain kerana menganggap orang lain pun semuanya kenyang.
4. Malas hendak beribadah.
5. Bertambah nafsu syahwat.
6. Orang-orang beriman sentiasa duduk di masjid dan orang-orang yang kenyang duduk ditempat - tempat kotor dan maksiat.
10. Lapar sedikit adalah ubat yang mujarab.

Khalifah Ar-Rasyid menghimpun beberapa pakar perubatan dan mencari apakah ubat yang tidak ada kesan buruk langsung.

Ada timbul beberapa jawapan seperti air suam, kurma dan sebagainya. Tetapi telah ditolak oleh seorang yang paling banyak ilmu dikalangan mereka dengan jawapan2 yang bernas dan diterima oleh pakar yang lain.

Maka yang lain pun bertanya kepadanya apakah jawapan yang sebenar. Maka dia menjawab:
"Ubat yang tidak ada kesan buruk disisiku adalah janganlah engakau makan melainkan setelah benar-benar lapar dan selesai makan dalam keadaan engkau masih ingin makan lagi (iaitu makan sedikit sahaja)."

AKHISALMAN

Niat Puasa

Semua ulama bersepakat bahawa Niat adalah dituntut pada semua jenis puasa. Tidak kira yang sunat atau yang fardu. Ia adalah dikira syarat sah puasa di sisi kebanyakan ulama dan dikira rukun puasa oleh ulama syafie.

Tempatnya adalah hati dan hakikatnya adalah berazam untuk melakukan sesuatu. Disunatkan melafazkan niat disisi ulama mazhab Syafie supaya dapat membantu untuk membetulkan niat didalam hati dan menghilangkan was-was.

Kebanyakan ulama meletakkan 4 syarat untuk mengesahkan niat puasa seperti berikut:

Pertama: Berniat pada waktu malam

Sabda Nabi s.a.w:

من لم يبيت الصيام قبل طلوع الفجر فلا صيام له

Maksudnya: "Sesiapa yang tidak berniat puasa pada waktu malam sebelum masuk waktu subuh maka tidak sah puasanya."(Hr Amad dan Ashabus Sunan)

Dalam mazhab Syafie boleh niat puasa sunat sebelum zuhur selagi tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa.

Sesiapa yang tidur tanpa niat dan bangun sudah subuh maka dia wajib menahan makan dan minum walaupun tidak sah puasanya. Dia perlu qada selepas ramadan.

2. Menentukan jenis puasa bagi puasa fardu

Hendaklah orang yang hendak berpuasa fardu menentukan jenis puasanya ketika berniat. Dia hendaklah berniat samada puasa ramadan, nazar atau qada. Jika dia niat puasa sahaja maka tidak sah. Ini pendapat kebanyakan ulama termasuk mazhab Syafie. Mazhab Hanafi tidak meletakkan syarat ini.

3. Niat yang pasti. Jika seseorang itu berniat di malam hari syak "Jika esok bulan ramadan maka aku berpuasa. Jika esok bukan ramadan maka aku puasa sunat." Maka tidak sah.

Begitu juga sekiranya jika dia berniat "Aku berpuasa ramadan esok hari insya Allah " dan ia menyebutnya kerana tidak pasti hendak berpuasa atau tidak, maka tidak sah puasanya. Adapun jika dia berniat begitu kerana nak ambil berkat dgn perkataan insyaAllah maka sah puasanya.

4. Satu niat untuk satu hari puasa.

Setiap hari puasa di bulan ramadan hendaklah dengna satu niat di malam sebelum puasa. Tidak boleh hanya satu niat untuk satu bulan ramadan. Ini adalah pendapat kebanyakan ulama.

Pesta Ibadah bermula

Penyimpan Mohor Besar Raja - Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri - negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 11 Ogos 2010 bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Isnin, 9 Ogos 2010

Sunat mengejutkan orang sedang tidur

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:


Pertama:

seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله

Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:

Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.

Rasulullah saw bersabda:
من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:

Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.

Nabi saw bersabda:
إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم

Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:

Tidur waktu subuh.

Nabi saw bersabda:
الصبحة تمنع الرزق

Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم

Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها

Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:

Tidur lepas solat asar.

Nabi saw bersabda:
من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه

" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:

Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:

Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama. Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:

Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:

Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.

Nabi saw bersabda:
رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت



من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء

Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)

Ke dua belas:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم

Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim

Solat Hajat Malam ini

Hajat dari Saudara Ruze Ismail. Emaknya kini berada di Hospital. Mohon jemaah buat solat hajat malam ini. Selepas Solat isya' .
Semoga Allah menyembuhkan penyakit ibunya.

wassalam. Suraukini

Ahad, 8 Ogos 2010

Awas ! Teh tarik dicampur lemak Babi

Sekiranya anda membeli buku dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang bertajuk Halal Haram anda pasti membaca senarai kod-kod lemak yang mengandungi babi. Malah Majalah Milenia Muslim keluaran bulan Mac juga menyenaraikan senarai kod yang mengandungi lemak babi. Oleh itu berhati-hatilah bila membeli produk diluar sana



Sumber: Albanjari Online