Muhammad Aidil Bin Zulkifli

Rakaman Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pada 3 Januari 2013

Kenangan Forum Bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus

Jom! Bersama Kami membentuk generasi Al Quran

Upah Haji / Badal Haji

Pendaftaran untuk upah haji / badal haji 1434 dibuka sekarang. Insyallah sempurna "

BACALAH AL QURAN!

Bacalah Al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti Al Quran akan datang membawa syafaat kepada org yg membacanya ’.

Rasululah S.A.W bersabda!'

""Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pelapis Al Quran’.

Domain baru blog suraukini

Upgrade pada 18 Jun 2013 ’.

Pendaftaran Upah Haji 1434 dibuka sekarang

“Sudahkah ibu bapa anda yang meninggal dunia menunaikan haji?.”"

Sabda Rasulullah S.A.W

““Tiap - tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As .”.” "

Ahmad Fahmi Abdul Rahman!

““Tempat Ketiga Program Hafazan Al Quran Peringkat Remaja Bawah 15 Tahun - 26 Mei 2012 di muzium Kesenian Islam.”.” "

Ustaz Don Daniyal Biyajid!

““Pelancaran Dana Penambahan Bangunan Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 16 Ogos 2012.”.” "

JOM! INFAQ DAN WAKAF!

““Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam.”.” "

Perspektif Cadangan Bangunan Asrama Tahfiz

““Jom! Wakaf harta untuk pembinaan Bangunan Baru Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hubungi 013 2791608 .”.” "

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bersama Ustaz Zamri

Jom! Bersama kami membentuk Generasi Al Quran

Muhammad Zulhusni Bin Othman

Naib Juara Pertandingan Hafazan Al Quran Peringkat Daerah Gombak 19 dan 20 Jan 2013 di Masjid Al Ansar AU2- Kategori 1-20 Juzuk

Sabtu, 9 Oktober 2010

Jemputan Ke Majlis Kesyukuran

AKTIVITI SETEMPAT

Majlis Kesyukuran di rumah En. Zamri
Jalan 2A/ 7
Selepas Solat Zohor Sabtu 09.10.10
Muslimin Muslimat dijemput hadir

Jumaat, 8 Oktober 2010

Ni apahal solat macam ni ni?

Ajaran begini dah tersebar di negara kita. Fening - fening!! (tengok video sampai habis)



baca selanjutnya kat sini
http://abu-syafiq.blogspot.com/

Warna Warni Bunga Api mengakhiri Syawal

Sesuatu yang boleh membuat kita terlupa sejenak tentang segala masalah dunia dengan menikmati letupan dan pelbagai corak sinaran bunga-api yang mengegarkan gegendang telinga sebentar. Terima kasih kepada penyumbang.

Tak tau dan tak tanya pun dari mana datangnya bunga api tersebut. Yang penting anak-anak turut menikmati suasana tersebut.

Nantikan video yang akan menyusul.



Selasa, 5 Oktober 2010

Bakal tetamu Allah BBS2A

Insyaallah tahun ini En. Uzailee dan isterinya 2A/2 akan berangkat ke Makkah Al Mukarramah bagi menunaikan Haji pada hari Ahad 10.10.10 . Satu Majlis doa selamat akan diadakan di surau pada

Khamis
07.10.10
Selepas Solat Isyak
Jemput hadir bagi meraikan tetamu Allah ini.

Jamuan Eidul Fitri BBS2A meriah


Suraukini mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan "tabik spring" kepada semua urusetia program yang telah bertungkus lumus menjayakan program raya pada kali ini. Walaupun berlaku pertindihan program jamuan raya dan rumah terbuka, urusetia masih boleh memberi komitmen yang tinggi. Alhamdulillah majlis berjalan lancar, cuaca pun mendung sampai ke petang melancarkan perjalanan program.

Kehadiran memberangsangkan. Rasanya lebih ramai dari tahun lepas. Banyak kelemahan program tahun lepas dapat diatasi tahun ini. Konsep majlis yang boleh dikekalkan pada tahun - tahun akan datang. Walaupun begitu, masih ada juga kelemahan yang berlaku. InsyaAllah ianya boleh dibaiki pada masa akan datang.

Malam tadi sempat suraukini mencuri sedikit masa menyiapkan koleksi rakaman gambar sepanjang program tersebut. Selamat menonton!

Jadual Oktober 2010

Insyaallah , Jadual ini akan di update dari masa ke semasa. Ada beberapa orang Ustaz yang belum dapat disahkan kehadirannya

07.10.10 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah - Bimbingan Mukmin
11.10.10 - Isnin - Ustaz Khairul Zaman - Tafsir Surah Al Baqarah
12.10.10 - Selasa - Ustaz Fauzan Mazlan - Al halal Wal Haram Fil Islam
13.10.10 - Rabu - Ustaz Ahmad Awang - Al Islam
14.10.10 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah - Bimbingan Mukmin
16.10.10 - Sabtu - Ustaz Nurul Khalil - Riyadus Solihin
18.10.10 - Isnin - Ustaz Sidek Noor- Minhajul Abidin
Untuk makluman buat masa ini ust Sidek Nor masih belum dapat hadir ke KL kerana kecederaan isterinya belum pulih. Masih kerap berulang alik ke hospital Taiping.

20.10.10 - Rabu - Ustaz Zaki Madzar - Mat'lau'l Badrain
22.10.10 - Jumaat - Ustaz Sobri Mat - Pendidikan Anak - anak
23.10.10 - Sabtu - Ustaz Nurul Khalil - Riyadus Solihin
24.10.10 - Ahad - Kuliah Subuh Ustaz Mustafa Desa
25.10.10 - Isnin - Ustaz Nazmi Abdul Karim

Isnin, 4 Oktober 2010

AL-FATIHAH - HJ MOKHTAR BIN MAT SAMAN


Tn Hj Mokhtar bin Mat Saman S/U Kerja PAS Kawasan Selayang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini 4 Oktober 2010 jam 10.45 pagi dan telah disembahyangkan di Masjid At-Taqwa Selayang Baru selepas solat Asar. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Selayang Baru pada jam 5.00 petang.


YB. Dr. Hassan Ali memimpin solat jenazah





Dedikasi dari HabibAbdulSamad

"Hanya pejuang Islam tulen sahaja yang dipilih oleh Allah untuk kembali kepadaNYA di saat sedang tekun, gigih, istiqamah & iltizam dalam melaksanakan pelbagai tugasan Harakah Islamiyyah. Saat menatap wajahnya buat kali terakhir, tika bertemankan linangan air mata, terdetik hatiku, apakah mampu untukku mengecap detik akhir sehebat apa yang dikecapi arwah".

Keretapi Metro Makkah



Berita baik untuk bakal haji.

JEDDAH: Kereta Api Mashair juga dikenali sebagai Metro Makkah yang menghubungkan kawasan tanah suci Mina, Arafah dan Muzdalifa dengan Makkah akan menjalani ujian selama 30 hari sebelum ia digunakan untuk mengangkut jemaah tempatan dan negara Teluk pada musim haji akan datang.

Menteri Hal Ehwal Majlis Tempatan dan Luar Bandar, Putera Mansour bin Miteb akan memeriksanya esok untuk memastikan kemudahan itu sudah bersedia untuk mengangkut tetamu Allah. Kewujudan Metro Makkah akan membawa perubahan dramatik dalam pengangkutan jemaah antara kawasan tanah suci di Makkah.

Pembinaannya yang menelan belanja SR6.5 bilion (RM5.3 bilion) mampu mengangkut 72,000 jemaah sejam. Sembilan stesen dibina di Arafah, Mina dan Muzdalifah.

Ia adalah projek kedua terbesar dilaksanakan oleh kementerian berkenaan selepas Jambatan Jamrah di Mina, yang berharga SR4.5 bilion (RM3.7 bilion). Timbalan Menteri kementerian terbabit, Habib Zain Al-Abidine berkata, untuk fasa pertama, ia akan mempunyai 10 kereta api dengan setiap satu sepanjang 300 meter. ‘Setiap kereta api itu boleh membawa 3,000 penumpang.” Menurutnya, pihak berkuasa akan mengumumkan tambang kereta api itu selepas Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji, Putera Naif membuat keputusan mengenainya. Fasa kedua projek itu akan menghubungkannya dengan Masjidil Haram di Makkah dengan sebuah stesen di Jalan Umm Al-Qura. Ia juga akan dihubungkan dengan Kereta Api Haramain yang menghubungkan Makkah dengan Madinah dan Jeddah. - Agensi