Muhammad Aidil Bin Zulkifli

Rakaman Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pada 3 Januari 2013

Kenangan Forum Bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus

Jom! Bersama Kami membentuk generasi Al Quran

Upah Haji / Badal Haji

Pendaftaran untuk upah haji / badal haji 1434 dibuka sekarang. Insyallah sempurna "

BACALAH AL QURAN!

Bacalah Al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti Al Quran akan datang membawa syafaat kepada org yg membacanya ’.

Rasululah S.A.W bersabda!'

""Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pelapis Al Quran’.

Kenangan di Karnival

Mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah ’.

Pendaftaran Upah Haji 1434 dibuka sekarang

“Sudahkah ibu bapa anda yang meninggal dunia menunaikan haji?.”"

Sabda Rasulullah S.A.W

““Tiap - tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As .”.” "

Ahmad Fahmi Abdul Rahman!

““Tempat Ketiga Program Hafazan Al Quran Peringkat Remaja Bawah 15 Tahun - 26 Mei 2012 di muzium Kesenian Islam.”.” "

Ustaz Don Daniyal Biyajid!

““Pelancaran Dana Penambahan Bangunan Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 16 Ogos 2012.”.” "

JOM! INFAQ DAN WAKAF!

““Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam.”.” "

Perspektif Cadangan Bangunan Asrama Tahfiz

““Jom! Wakaf harta untuk pembinaan Bangunan Baru Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hubungi 013 2791608 .”.” "

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bersama Ustaz Zamri

Jom! Bersama kami membentuk Generasi Al Quran

Muhammad Zulhusni Bin Othman

Naib Juara Pertandingan Hafazan Al Quran Peringkat Daerah Gombak 19 dan 20 Jan 2013 di Masjid Al Ansar AU2- Kategori 1-20 Juzuk

Jumaat, 3 Disember 2010

Yahudi Rentung

HAIFA, Israel 3 Dis. – Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam satu kebakaran hutan di utara bandar Haifa hari ini, memaksa Israel meminta bantuan antarabangsa untuk mengawal kebakaran itu.
Menurut sumber polis, sebuah bas membawa pengawal penjara yang bergegas untuk menyelamatkan banduan di sebuah penjara di kawasan kebakaran telah terbakar menyebabkan kesemua pengawal itu terbunuh.

Pegawai berkata, beratus-ratus anggota bomba dikerahkan untuk memadamkan kebakaran itu yang kini telah memusnahkan beratus-ratus hektar hutan. – AFP
APCO rentung
APCO

Naik lagi....... HoreeeeeYYY!!


Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter. Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.
Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Semua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan. Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam.Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.


Medan Magnet berhampiran Madinah Al Munawarrah

Terletak di satu kawasan di luar kota Madinah Al Munawwarah. Kawasan ini mempunyai kuasa tarikan magnet yang luar biasa. Kereta bergerak dengan laju meskipun dalam posisi gear neutral. Lihat video amatur ini. Allah Maha Besar !!



Mungkinkah kuasa tarikan begini berada di Bermuda traingle yang penuh misteri?

Gambar Sekitar program hafazan hari pertama dan kedua

Peserta mengalihkan white board
Ustaz Hisham

Tekun
Generasi pelapis.
Penuh adab
Riadah
Ustaz Hanzalah
tekun menghafal

Khamis, 2 Disember 2010

Syeikh Idris Al Marbawi


Al Marhum Syeikh Idris Al Marbawi

Insyaallah mulai bulan Disember ini pada setiap hari Ahad minggu kedua Pengajian Kitab Bahrul Mazi akan bermula. Pengajian Kitab Bahrul Mazi Jilid ke 17 akan disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad. InsyaAllah.

Berikut adalah biodata ringkas ulama' Nusantara yang masyhur pengarang kitab Bahrul Mazi. Syeikh Idris Al Marbawi. Al Fatihah!

Syeikh Idris dilahirkan di sebuah kampung bernama Misfallah di Makkah pada 28 Dzulkaedah 1313 Hijrah bersamaan 10 Mei 1896. Ibu bapa beliau berasal dari Kampung Lubok Merbau, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Ketika berusia 10 tahun, beliau sudah mampu menghafal kitab suci Al-Quran sebanyak 16 juzuk, di samping beberapa buah kitab lain. Pada tahun 1323 Hijrah, beliau pulang ke Malaysia bersama-sama keluarga.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau meneruskan pengajiannya di Sekolah Melayu Lubok Merbau (kini dikenali Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi). Seterusnya beliau melanjutkan pengajiannya di beberapa buah sekolah pondok, antaranya Pondok Wan Mohammad, Bukit Chandan, Kuala Kangsar (kini dikenali sebagai Madrasah Idrisiah), Pondok Tuan Hussien Al-Masudi (Kedah), Pondok Syeikh Ahmad al-Fatani (Bukit Mertajam) dan Pondok Tok Kenali (Kelantan). Setelah menamatkan pengajian, beliau bertugas sebagai guru agama di Perak.

Pada tahun 1924, beliau menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir, dan berjaya memperoleh Ijazah 'Aliyah (tertinggi). Beliau merupakan anak jati Perak pertama berjaya melanjutkan pengajiannya di Makkah. Semasa berada di sana, beliau menyusun kamus Arab-Melayu atau dikenali sebagai Kamus Al-Marbawi yang diterbitkan dalam tahun 1937 dan telah diulang cetak lebih daripada 24 kali. Kamus ini pada mulanya disusun oleh tiga orang iaitu beliau sendiri, Syeikh Juned Tola, dan Syeikh Tahir Jalaluddin. Namun, ketika dua tokoh yang terakhir ini kembali ke tanah air, karya itu diteruskan sendiri oleh Syeikh Idris al-Marbawi sebagai pengarang kamus tersebut.

Walaupun belum puas mencurahkan bakti dan ilmu kepada seluruh umat manusia, ternyata Allah SWT lebih menyayangi beliau. Beliau telah kembali ke Rahmatullah ketika berusia 93 tahun pada hari Jumaat, 13 Oktober 1989, jam 8.30 pagi di Hospital Besar Ipoh, Perak. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lubok Merbau, Kuala Kangsar, Perak, bersebelahan pusara isteri beliau, Khadijah binti Mohamad Idham yang telah meninggal dunia 14 bulan sebelum itu. Beliau telah meninggalkan seorang anak perempuan, tiga orang cucu dan tujuh orang cicit yang tinggal di Malaysia. Di samping itu beliau telah meninggalkan balu kedua, Hajjah Munirah binti Abdul Wahab yang menetap di Mesir.

Bagi mengenang jasa beliau, namanya telah diabadikan di sebuah kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan dikenali sebagai Kolej Idris al-Marbawi. Namanya juga diabadikan di sekolah tempat beliau menuntut ilmu di Kampung Lubok Merbau iaitu Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi.

Rabu, 1 Disember 2010

Mati ketika sujud. Sudah begitu takdirNya

Apabila sampai ajalnya , tidak dilewatkan walau sesaat dan tidak dicepatkan walau sesaat. Semuanya atas ketentuan Allah yang telah tercatat di Luh mahfuz. Video ini merakamkan seorang lelaki menghadapai saat - saat kematian ketika bersolat.

Semoga dia dan kita ditempatkan di kalangan orang soleh.

Jadual Kuliah Bulan Disember 2010


Insyaallah , Jadual ini akan di update dari masa ke semasa. Ada beberapa orang Ustaz yang belum dapat disahkan kehadirannya

02.12.10 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah - Bimbingan Mukminin
04.12.10 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Minyatul Musolli)
04.12.10 - Sabtu - Ustaz Muda Bin Abdullah
07.12.10 - Selasa - Ustaz Ramli Wahab - Aqidah
09.12.10 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah - Bimbingan Mukminin
11.12.10 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Minyatul Musolli)
12.12.10 - Ahad - Ustaz Zulkifli Ahmad - Kitab Bahrul Mazi Jilid 17
13.12.10 - Isnin - Ustaz Khairul Zaman - Tafsir Surah Al Baqarah
14.12.10 - Selasa - Ustaz Fauzan Mazlan - Al halal Wal Haram Fil Islam
15.12.10 - Rabu - Ustaz Ahmad Awang - Al Islam
18.12.10 - Sabtu - Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Minyatul Musolli)
18.12.10 - Sabtu - Ustaz Nurul Khalil - Riyadus Solihin
20.12.10 - Isnin - Ustaz Sidek Noor- Minhajul Abidin
22.12.10 - Rabu - Ustaz Zaki Madzar - Mat'lau'l Badrain
24.12.10 - Jumaat - Ustaz Sobri Mat - Pendidikan Anak - anak Dalam Islam
25.12.10- Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Minyatul Musolli)
25.12.10 - Sabtu - Ustaz Nurul Khalil - Riyadus Solihin
26.12.10 - Ahad - Kuliah Subuh Ustaz Mustafa Desa
27.12.10 - Isnin - Ustaz Nazmi Abdul Karim

Gambar sekitar perasmian Program hafazan dari cinagambar


Peserta lelaki
Peserta Perempuan

motivasi keibubapaan
Penyerahan anak - anak kepada urusetia

Selasa, 30 November 2010

Harga minyak diselaraskan lagi. :)

Bijak berbelanja :).
Harga petrol RON97 akan dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa 1 Disember ini, mengikut sumber. Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.



Majlis Perasmian Program Hafazan cuti sekolah Meriah


Sebahagian peserta Hafazan cuti sekolah

Majlis Perasmian Program Hafazan cuti sekolah 2010 berlangsung dalam suasana meriah malam ini. Majlis dimulakan dengan ucapan motivasi keibubapaan oleh Ustaz Azhari Ibrahim. Seramai 51 pelajar telah mengesahkan kehadiran.
Mendengar arahan

Ucapan perasmian oleh Tuan Haji Zulkifli Wahijan menandakan bermulanya program selama 14 Hari. 5 orang guru telah diamanahkan untuk mendidik anak - anak dalam tempoh tersebut. Majlis penyerahan anak - anak oleh ibu bapa kepada urusetia program berlangsung dalam suasana ceria dan penuh simbolik.

Terimakasih kepada semua ibu bapa yang prihatin terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak surau.
Penyerahan anak - anak oleh ibu bapa kepada urusetia program

Tunggu gambar - gambar menarik dari cinagambar