Muhammad Aidil Bin Zulkifli

Rakaman Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pada 3 Januari 2013

Kenangan Forum Bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus

Jom! Bersama Kami membentuk generasi Al Quran

Upah Haji / Badal Haji

Pendaftaran untuk upah haji / badal haji 1434 dibuka sekarang. Insyallah sempurna "

BACALAH AL QURAN!

Bacalah Al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti Al Quran akan datang membawa syafaat kepada org yg membacanya ’.

Rasululah S.A.W bersabda!'

""Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pelapis Al Quran’.

Kenangan di Karnival

Mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah ’.

Pendaftaran Upah Haji 1434 dibuka sekarang

“Sudahkah ibu bapa anda yang meninggal dunia menunaikan haji?.”"

Sabda Rasulullah S.A.W

““Tiap - tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As .”.” "

Ahmad Fahmi Abdul Rahman!

““Tempat Ketiga Program Hafazan Al Quran Peringkat Remaja Bawah 15 Tahun - 26 Mei 2012 di muzium Kesenian Islam.”.” "

Ustaz Don Daniyal Biyajid!

““Pelancaran Dana Penambahan Bangunan Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 16 Ogos 2012.”.” "

JOM! INFAQ DAN WAKAF!

““Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam.”.” "

Perspektif Cadangan Bangunan Asrama Tahfiz

““Jom! Wakaf harta untuk pembinaan Bangunan Baru Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hubungi 013 2791608 .”.” "

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bersama Ustaz Zamri

Jom! Bersama kami membentuk Generasi Al Quran

Muhammad Zulhusni Bin Othman

Naib Juara Pertandingan Hafazan Al Quran Peringkat Daerah Gombak 19 dan 20 Jan 2013 di Masjid Al Ansar AU2- Kategori 1-20 Juzuk

Jumaat, 10 Disember 2010

Kitab Bahrul Mazi jilid 17

Maaf TERKINI : Kuliah ditunda ke minggu depan hari Ahad 19 Disember 2010. Ustaz menghadiri mesyuarat.


Insyaallah pengajian kitab ini akan bermula pada hari Ahad Minggu kedua selepas solat Maghrib di Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A. Penyampai oleh Ustaz Zulkifli Ahmad.

Sila bawa kitab ini atau hubungi AJK surau untuk mendapatkannya.

Jenazah Nurul Aida Bt. Amaludin selamat disemadikan

Perjalanan ke alam baru

Jenazah Nurul Aida selamat dikebumikan selepas solat Jumaat tengahari tadi. Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Solahiah Sungai Tua Baru. Lebih 500 orang jemaah menyertai solat jenazah tersebut.

Cinagambar dan Dino Alham'd

Sebahagian dari gambar - gambar aktiviti taman ini (yang akan dipaparkan) dalam blog suraukini adalah hasil dari sentuhan jurugambar cinagambar dan Dino Alham'd. Semoga kerja amal tanpa mengira  penat dan lelah akan dikira sebagai amal kebaikan disisiNya.

Jutaan terimakasih dari suraukini.

Tukang Masak Pusat Tahfiz diperlukan

Peluang untuk berkhidmat, bergaji sambil membuat pahala. Tukang masak sepenuh masa diperlukan. Masak untuk pelajar - pelajar Hafiz dan Guru - guru Hafiz

Tempat : Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A.
Berminat sila hubungi 013-2790608

Al Fatihah anak En. Amaluddin meninggal dunia pagi ini

Firman Allah SWT dalam Al Quran

"Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati"

Anak perempuan En. Amaludddin 2A/5 meninggal dunia pagi ini. Jenazah akan dikebumikan di Tanah perkuburan Sungai Tua. Solat Jenazah akan diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Sungai Tua. Al Fatihah. Semoga Roh Allayarham ditempatkan bersama para Solihin.

Aksi minggu kedua Program hafazan Cuti Sekolah



Program Hafazan cuti sekolah kini memasuki minggu kedua. Berikut adalah gambar - gambar yang sempat dirakam oleh suraukini.
Makan tengahari
Meraikan ulangtahun kelahiran Hafiz Hj. Hassan 
Sesi Fotografi bersama Dino Alham'd
Dino Alham'd
Dino Alham'd Otai photographer terkenal tanahair



Rabu, 8 Disember 2010


SHAH ALAM, 7 Dis: Datuk Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri, di sini malam tadi, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama.

Anugerah itu disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah AlHaj mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu berkenan melancarkan sambutan awal tahun Islam serta meluncurkan sebuah buku bertajuk Solat Rasul terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ketika ditemui seusai majlis, Dr Haron, 70, berkata, anugerah itu merupakan satu motivasi terhadap dirinya yang terlibat dalam bidang dakwah sejak di bangku sekolah lagi.

"Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih atas pengiktirafan Kerajaan Negeri Selangor ini, meskipun saya tidak pernah impikannya namun bila sudah ditakdirkan, saya menerima dengan sepenuh hati," jelasnya kepada media.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohamad Tamyez Abdul Wahid.Menjelaskan tentang pandangan negatif masyarakat kepada golongan ulamak, Dr Haron menjelaskan, sebenarnya rakyat dan masyarakat awam tidak mengenali siapa dan yang mana satu ulamak kerana tidak banyak pendedahan berlaku di media perdana khasnya.

Membandingkan dirinya sendiri yang banyak diberikan peluang untuk siaran di televisyen sebelum ini, menyebabkan orang ramai termasuk golongan muda tetap mengenali dan memberikan penghormatan sebaiknya.

"Jadi tidak timbul masalah kalangan muda tidak menghormati ulamak kerana yang sebenarnya mereka belum mengenali siapa ulamak itu," ujarnya yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS.

Justeru, tegasnya, peranan ulamak ini mesti diinstitusikan agar mereka dapat menjalankan kewajipan mendidik rakyat dan anggota masyarakat dengan lebih baik lagi.Menyentuh tentang peranan ulamak muda dan golongan tua, beliau menjelaskan, itu hanya istilah untuk menunjukkan usia dan tempoh mereka mendidik masyarakat sahaja, tidak lebih dari itu dan semua pihak mesti berperanan dalam masyarakat.

Dr Haron memulakan pengajiannya di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali, Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah, Perlis dan Kuliah al-Islamiah, Klang, Selangor seterusnya mengambil Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya pada 1962 hingga 1965), lulus dengan cemerlang dan mendapat hadiah biasiswa persekutuan terus ke Mesir.

Menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968), Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968) dan Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974).Antara kerjayanya sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975–1976), Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985), Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara.

Juga menjadi Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB, Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia, Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan.

Begitu juga sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd, Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting.

Dalam politik, pula sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983), Ketua Penerangan PAS Pusat, sehingga kini sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Timbalan Mursyidul Am PAS serta pernah bertanding di dalam pilihan raya 2004 di Parlimen Arau mewakili PAS.

Dr Haron Din adalah Pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (DarusSyifa') yang terletak di Bangi.

Isnin, 6 Disember 2010

Selamat Datang 1432 Hijrah

Doa Awal Tahun


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Akhir Tahun


Maksudnya:


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Fenomena Matahari yang jarang dilihat!

Allah S.W.T menjadikan alam ini cukup luas. Terlalu banyak ciptaanNya yang kita masih belum temui. Kemudahan internet membantu kita melihat kejadian - kejadian alam yang berlaku di negara lain. Rakaman ini adalah satu fenomena Matahari yang berlaku di Negara jiran Indonesia. Para saintis mungkin ada jawapan tentangnya.

Bagi umat Islam pula, itulah tanda - tanda kebesaran Allah SWT yang menjadikan kejadian alam penuh dengan keajaiban dan misteri. Mudah - mudahan kita menjadi hamba yang bersyukur.

Ahad, 5 Disember 2010

Kembalikan Hak AIr Kepada Rakyat

Mohon ampun kerana lewat tiba di lokasi atas kekangan kerja. Maka dipaparkan foto-foto yang sempat disnap selepas adegan tembakan gas pemedih mata di Masjid Negara.


Tersangkut dgn kesesakan di jalan Kuching.


Kon-kon Polis dibaling ke lori FRU.


Berlindung di beranda Masjid Negara.


FRU tiba di bulatan KTM.


Human wall by the Police Force.


Para pendemo.


Dr Dzulkefly cuba mententeramkan keadaan.


Bertenang bertenang....


Seorang kenalan bersama keluarganya.


Ust Farhan... kembarnya Ust Fauzan telah ditahan.


Tolong beredar supaya sahabat-sahabat yg ditahan dapat dibebaskan.



Berbincang dgn pihak polis.