Muhammad Aidil Bin Zulkifli

Rakaman Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pada 3 Januari 2013

Kenangan Forum Bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus

Jom! Bersama Kami membentuk generasi Al Quran

Upah Haji / Badal Haji

Pendaftaran untuk upah haji / badal haji 1434 dibuka sekarang. Insyallah sempurna "

BACALAH AL QURAN!

Bacalah Al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti Al Quran akan datang membawa syafaat kepada org yg membacanya ’.

Rasululah S.A.W bersabda!'

""Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pelapis Al Quran’.

http://www.suraukini.com

maju selangkah ke hadapan ’.

Pendaftaran Upah Haji 1434 dibuka sekarang

“Sudahkah ibu bapa anda yang meninggal dunia menunaikan haji?.”"

Sabda Rasulullah S.A.W

““Tiap - tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As .”.” "

Ahmad Fahmi Abdul Rahman!

““Tempat Ketiga Program Hafazan Al Quran Peringkat Remaja Bawah 15 Tahun - 26 Mei 2012 di muzium Kesenian Islam.”.” "

Ustaz Don Daniyal Biyajid!

““Pelancaran Dana Penambahan Bangunan Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 16 Ogos 2012.”.” "

JOM! INFAQ DAN WAKAF!

““Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam.”.” "

Perspektif Cadangan Bangunan Asrama Tahfiz

““Jom! Wakaf harta untuk pembinaan Bangunan Baru Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hubungi 013 2791608 .”.” "

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bersama Ustaz Zamri

Jom! Bersama kami membentuk Generasi Al Quran

Muhammad Zulhusni Bin Othman

Naib Juara Pertandingan Hafazan Al Quran Peringkat Daerah Gombak 19 dan 20 Jan 2013 di Masjid Al Ansar AU2- Kategori 1-20 Juzuk

Sabtu, 18 Disember 2010

Pendaftaran Pusat Tahfiz 2011


Alhamdulillah, ramai ibu bapa telah menghubungi pihak suraukini bertanya tentang pengambilan Pelajar Tahfiz baru Sesi 2011. Ibubapa yang berminat untuk menghantar anak - anak belajar di sini sila datang untuk membuat pendaftaran dan melihat sendiri Pusat Tahfiz ini mulai Isnin 20 Disember ini.

WAKTU PENDAFTARAN

Isnin - Jumaat : mulai Jam 9.00 Pagi - 5.00 Petang.

Bayaran Pendaftaran : RM60.00
Bayaran Yuran Bulanan: RM300.00

Untuk Pendaftaran Hubungi

Ustaz Abdul Rahman : 017-9474945
Ustaz Faid: 012-3725135

Kacau Bubur Asyura pagi ni

Gambar hiasan : bubur Asyura yang lazat

Aktiviti tahunan Muslimat di surau pagi ini. Muslimat yang berkelapangan sila datang ke surau pagi ini mulai jam 9.30 pagi - 12.30 Tengahari. Program Kacau Bubur As Syura.

Mesyuarat Persiapan Terakhir kemasukan Pelajar Tahfiz 2011


AKTIVITI SETEMPAT:

Mesyuarat diadakan pada

Hari: Sabtu (MALAM INI)
Tarikh : 18 Disember 2011
Jam: 9.00 Malam

Sila hadir tanda sokongan

Program cuti sekolah memasuki minggu terakhir


Giat berlatih : Akiviti luaran Program Hafazan Cuti Sekolah

Alhamdulillah, program hafazan cuti sekolah kini telah memasuki minggu terakhir, persiapan untuk majlis penutup sedang giat dijalankan. Anak - anak giat berlatih untuk pertandingan akhir bola sepak dan bola jaring. Sesi bergambar bersama Dino Alham'd berjalan dengan lancar. Cuaca yang tidak menentu, panas sebelah pagi dan hujan di sebelah petang menyebabkan banyak gambar aktiviti outdoor tidak dapat dirakam dengan baik.

Gambar - gambar hasil sentuhan Dino Alham'd memang belum dimuatnaikkan ke blog ini buat masa ini. Biarlah gambar - gambar itu ditonton pada malam Majlis Penutup nanti. Suprise sikitkan!. Buat masa ni tengoklah gambar yang suraukini rakam dahulu. 

Insyaallah bila program ini tamat, suraukini akan muatnaikkan gambar hasil sentuhan Dino Alham'd.

Suraukini sempat merakam gambar jurugambar ambil gambar.. hehehhhe
Suasana selepas hujan, lantai basah, pokok pun kuyup. Angin damai datang dari hujung bukit disebelah sana

Jumaat, 17 Disember 2010

Perkhemahan sambil Barbeque

Berita baik untuk semua peserta Program Hafazan Cuti Sekolah. Satu perkhemahan sambil berBBQ akan diadakan pada hari Selasa 21hb Disember Minggu hadapan. Program akan diadakan diperkarangan surau. Khemah akan dipasang sendiri oleh peserta sekepas solat asar pada hari tersebut. Tidur ramai - ramai dalam khemah.

Rabu, 15 Disember 2010

Papan Tanda Tahfiz Pusat Tahfiz

Papan tanda Pusat Tahfiz kini siap dipasang. Terimakasih Ezad Design yang telah memberi sumbangan papan tanda ini. Mudah - mudahan Allah S.W.T melipatgandakan rezeki .

Ayat yang terdapat pada papan tanda ini ialah ayat dari Surah Al Hijr.

"Sesungguhnya Kami lah (Allah) yang menurunkan Al Quran, dan Kami jugalah yang memeliharanya" Surah AL Hijr ayat 9

Ahad, 12 Disember 2010

Tok Guru menerima rawatan


KOTA BARU, 12 Dis − Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana masalah pinggang. Anaknya Nik Omar berkata Murysidul Am PAS itu dirawat di hospital itu sejak Jumaat lepas setelah dinasihatkan pakar perubatan pada Rabu.

“Ayah saya telah menjalani pemeriksaan untuk pinggangnya dan atas nasihat doktor dia menjalankan pemeriksaan terperinci.“Saya tidak tahu bila ayah akan dibenarkan keluar,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Nik Omar berkata masalah pinggang itu dihidapi ayahnya sejak sekian lama selepas terjatuh dari kuda.Menteri Besar Kelantan berusia 79 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan baik. − Bernama