Muhammad Aidil Bin Zulkifli

Rakaman Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pada 3 Januari 2013

Kenangan Forum Bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus

Jom! Bersama Kami membentuk generasi Al Quran

Upah Haji / Badal Haji

Pendaftaran untuk upah haji / badal haji 1434 dibuka sekarang. Insyallah sempurna "

BACALAH AL QURAN!

Bacalah Al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti Al Quran akan datang membawa syafaat kepada org yg membacanya ’.

Rasululah S.A.W bersabda!'

""Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pelapis Al Quran’.

http://www.suraukini.com

maju selangkah ke hadapan ’.

Pendaftaran Upah Haji 1434 dibuka sekarang

“Sudahkah ibu bapa anda yang meninggal dunia menunaikan haji?.”"

Sabda Rasulullah S.A.W

““Tiap - tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As .”.” "

Ahmad Fahmi Abdul Rahman!

““Tempat Ketiga Program Hafazan Al Quran Peringkat Remaja Bawah 15 Tahun - 26 Mei 2012 di muzium Kesenian Islam.”.” "

Ustaz Don Daniyal Biyajid!

““Pelancaran Dana Penambahan Bangunan Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 16 Ogos 2012.”.” "

JOM! INFAQ DAN WAKAF!

““Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam.”.” "

Perspektif Cadangan Bangunan Asrama Tahfiz

““Jom! Wakaf harta untuk pembinaan Bangunan Baru Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hubungi 013 2791608 .”.” "

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bersama Ustaz Zamri

Jom! Bersama kami membentuk Generasi Al Quran

Muhammad Zulhusni Bin Othman

Naib Juara Pertandingan Hafazan Al Quran Peringkat Daerah Gombak 19 dan 20 Jan 2013 di Masjid Al Ansar AU2- Kategori 1-20 Juzuk

Sabtu, 29 Januari 2011

Travelog - Tenang 4.00pm

Sebahagian suasana di Pekan Labis. Masih hujan lagi....
Tiada kelibat matahari dari pagi....





Travelog - Tenang 3.30 pm



Sememangnya berTENANG di Tenang. Hujan berterusan dari Subuh hingga kini.


Travelog - Tenang (terkini 9.45am)


Taklimat GEMPUR kepada petugas-petugas PAS.



Travelog Tenang : Suasana luar biasa di Tenang


Bendera atas rumah apek
"Lu Jangan lisau , wa sokong PAS looorrr . Lu tengok wa punya atap!"

09.30 Pagi : Bertandang ke rumah apek cina di Pekan labis . Bendera PAS atas rumah apek ni. Soi Lek pening kepala.


travelog Tenang - Solat subuh di Masjid Labis



Hujan renyai - renyai ketika sampai di Pekan Labis. Solat Subuh di Masjid Labis. Sesak dan padat. Parking pun susah. Suasana biasa musim pilihan raya. Yahudi pun takut kalau Muslim Solat subuh seramai ini. Karpet baru. Macam karpet pilihanraya saja. 

Jumaat, 28 Januari 2011

Travelog Tenang : bergerak 01.00


Tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot pun sampai juga
Tertumbuk biduk diketokkan, tertumbuk kata difikiri
Bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai
Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi
Alur bertempuh, jalan berturut
Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai
Elok lenggang di tempat datar
Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak berlapang-lapang
JUMPA DI TENANG

Khamis, 27 Januari 2011

Anjing mengajar manusia cara untuk menjadi manusia


Kisah ibu menikam bayi sendiri dalam akhbar metro semalam amat menyentuh jiwa. Tiada lagi nilai kemanusiaan. Setiap hari ada saja kes - buang anak, bunuh anak terpampang  di dada akhbar. Lihatlah dalam video ini. Seekor anjing yang penuh sifat kemanusiaan sanggup bertarung nyawa mempertahankan nyawa rakannya. Belajarlah sesuatu dari anjing ini.


Ibu yang menikam anaknya sendiri patut belajar sesuatu dari anjing ini.


Rabu, 26 Januari 2011

Berita setempat - Gangguan bekalan air sejak pagi semalam

Selamat Pagi SYABAS!!

Sampai pagi ini bekalan air terganggu masih terganggu. Air tangki pun sudah habis. Repot sudah dibuat. Banyak kali dan oleh ramai individu. Maklum balas perkembangan pun tiada. Notis pun tiada. Apa khabar Syabas??

Selamat Pagi Syabas

Selasa, 25 Januari 2011

UFO melawat Indonesia pulak? Macam - macam peristiwa aneh minggu ni

 
 
 
YOGYAKARTA, Indonesia - Tujuh petak sawah padi di Krasakan di Sleman, Yogyakarta mempunyai corak bulatan ganjil yang dipercayai penduduk dihasilkan oleh objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor akhbar Jakarta Post semalam.

Bukan sahaja Jakarta Post tetapi banyak akhbar lain di Indonesia turut melaporkan mengenai penemuan unik itu. Corak bulatan ganjil pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat seperti Britain sejak tahun 1980.

Bentuk bulatan yang ganjil itu dikaitkan dengan UFO di Barat ekoran ia mempunyai bentuk geometri dan tiasa saksi yang melihat manusia yang melakukannya.Bentuk ganjil yang ditemui di Sleman itu mengandungi corak segi tiga dan dua bulatan kecil di bahagian tengah bulatan yang besar berdiameter di antara 25 meter hingga 30 meter itu ditemui penduduk tempatan pada pagi Ahad lalu.

"Saya berpendapat, ia (bulatan ganjil itu) ditinggalkan oleh sebuah kapal angkasa asing seperti yang saya lihat di televisyen," kata seorang penduduk, Cahyo Utomo semalam."Adalah tidak munasabah, bulatan itu dibuat hasil tiupan angin atau haiwan lain," tambahnya.

Bulatan itu yang terletak dekat dengan sebuah kawasan rumah penduduk kelihatan seperti satu kerja seni geometri manakala kawasan sawah padi lain tidak mengalami sebarang kesan yang sama.Bulatan ganjil itu kali pertama dilaporkan oleh seorang petani, Tukiman pada pukul 6 pagi Ahad lalu.


 
SEJUMLAH orang menaiki bukit dan merakamkan gambar corak unik yang dipercayai dihasilkan objek terbang tidak dikenali di kawasan sawah padi di Sleman, Yogyakarta semalam.

Ketua Polis Sleman, Iwan Ramaini berkata, dia tidak pasti jika corak bulatan itu dicipta oleh UFO atau ia merupakan fenomena semula jadi. Satu siasatan polis sedang dilakukan berhubung kejadian itu.Namun, seorang pegawai polis yang mendegar keterangan daripada enam petani yang memiliki tujuh petak sawah percaya, bulatan itu bukan buatan manusia.

"Mereka bilang (para petani itu) nggak (tidak) mungkin itu dibuat oleh manusia," kata seorang pegawai polis, I Made Muliawan kepada wartawan akhbar dalam talian detikcom. Menurutnya, petani-petani itu tidak melihat terdapat kegiatan mencurigakan di kawasan sawah padi tersebut.

"Tidak ada keterangan yang menyebutkan, melihat ada orang melakukan hal-hal aneh di sawah itu," katanya.

Dia berkata, salah seorang pemilik sawah itu pernah mendengar bunyi bising pada malam sebelum corak itu ditemui."Malam hari ada yang bilang mendengar suara seperti pesawat turun, terus pastinya dia melihat di sawahnya," kata pegawai polis itu.

Menurutnya, pihak polis menghalang orang ramai mendekati kawasan yang mengandungi objek misteri itu. Dia berkata, sekatan itu dibuat kerana pihaknya bimbang orang ramai akan memijak pohon padi sekali gus menjadi rosak dan merugikan petani. - Agensi












 

Sejuk melampau di New York - Kereta pun beku


Iklim dunia semakin bercelaru. Minggu lepas berita mengenai salji turun di Arab Saudi. Salji memutih turun ditengah padang pasir. Minggu ini lain pula ceritanya. Sejuk melampau di New York. Kereta pun beku di jalan raya. Tengok Video ini.











Berita Setempat - Haji Zahari kemalangan

Salam Semua,

Makluman Haji Zahari  (Jalan 2A/3) Kini berada di Pusat Perubatan UM (PPUM) selepas terlibat kemalangan malam tadi. Berita terkini akan menyusul

Sumber Berita dari cinagambar

Isnin, 24 Januari 2011

Berita Setempat - Perbaharui Keahlian Badan Khairat Sekarang!


Notis Pembaharuan Keahlian Badan Khairat Kematian Taman Bandar Baru selayang fasa 2A

Tempoh tamat  Keahlian akan berakhir pada 15 Februari 2011.
Sila perbaharui keahlian.

Yuran Tahunan = RM49.00 Seorang
Ahli Baru = Pendaftaran RM10.00 + RM49.00 seorang

hubungi Bendahari : Haji Sapuan 013-3320300