Muhammad Aidil Bin Zulkifli

Rakaman Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pada 3 Januari 2013

Kenangan Forum Bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus

Jom! Bersama Kami membentuk generasi Al Quran

Upah Haji / Badal Haji

Pendaftaran untuk upah haji / badal haji 1434 dibuka sekarang. Insyallah sempurna "

BACALAH AL QURAN!

Bacalah Al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti Al Quran akan datang membawa syafaat kepada org yg membacanya ’.

Rasululah S.A.W bersabda!'

""Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pelapis Al Quran’.

Kenangan di Karnival

Mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah ’.

Pendaftaran Upah Haji 1434 dibuka sekarang

“Sudahkah ibu bapa anda yang meninggal dunia menunaikan haji?.”"

Sabda Rasulullah S.A.W

““Tiap - tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As .”.” "

Ahmad Fahmi Abdul Rahman!

““Tempat Ketiga Program Hafazan Al Quran Peringkat Remaja Bawah 15 Tahun - 26 Mei 2012 di muzium Kesenian Islam.”.” "

Ustaz Don Daniyal Biyajid!

““Pelancaran Dana Penambahan Bangunan Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 16 Ogos 2012.”.” "

JOM! INFAQ DAN WAKAF!

““Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam.”.” "

Perspektif Cadangan Bangunan Asrama Tahfiz

““Jom! Wakaf harta untuk pembinaan Bangunan Baru Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hubungi 013 2791608 .”.” "

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bersama Ustaz Zamri

Jom! Bersama kami membentuk Generasi Al Quran

Muhammad Zulhusni Bin Othman

Naib Juara Pertandingan Hafazan Al Quran Peringkat Daerah Gombak 19 dan 20 Jan 2013 di Masjid Al Ansar AU2- Kategori 1-20 Juzuk

Jumaat, 4 Mac 2011

iPad 2 dilancarkan




Seperti yang dinantikan sebelum ini, Apple hari ini secara rasminya telah pun melancarkan iPad generasi kedua. Melalui iPad 2 ini, Apple memperkenalkan beberapa perkara baru, termasuk rekabentuk baru, kamera hadapan dan belakang padanya, selain turut membawakan cip pemprosesan yang serba baru, iaitu Apple A5 dan turut sama didatangkan dalam warna putih.

Kamera hadapan dan belakang pada iPad 2 telah diperkatakan untuk sekian lama sebelum ini. Dengan adanya kamera hadapan, ianya kini membolehkan para pengguna menikmati panggilan video melalui FaceTime dengan mudah, selain pada masa yang sama turut membolehkan mereka merakamkan pelbagai detik menarik melalui kamera belakang padanya.

iPad 2 turut sama membawakan cip pemprosesan yang serba baru, yang membawakan prestasi CPU dua kali ganda lebih pantas, bersama-sama dengan sokongan grafik sehingga 9 kali ganda lebih pantas berbanding sebelumnya.

Pada masa yang sama, Apple iPad 2 juga lebih 1/3 nipis berbanding generasi sebelumnya, dan beratnya lebih ringan berbanding iPad yang pertama. Dengan pelbagai penambah-baikkan ini, iPad 2 masih lagi mengekalkan penjimatan dan penggunaan tenaga yang lebih kurang serupa seperti sebelumnya, dengan bateri yang bertahan lebih daripada 10 jam.

iPad 2 akan mula dijual di Amerika Syarikat bermula 11 Mac, dan akan diperkenalkan diseluruh dunia secara berperingkat selepas itu. Harga jualan iPad 2 juga dijangka akan kekal seperti iPad yang pertama -
kredit untuk love perak.




Khamis, 3 Mac 2011

Betul ke UFO kat Brazil ni???



SAO PAOLO - Seorang pengguna jalan raya berjaya merakamkan gambar sebuah objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar dekat bandar Agudos, Brazil lapor laman Fox News kelmarin.

Laman itu memetik laporan stesen televisyen G1 di Brazil yang menyiarkan rakaman UFO tersebut yang berlegar dalam ketinggian yang rendah.Namun, UFO itu hilang buat seketika di celah awan sebelum satu cahaya yang terang muncul dan hilang di tepi awan.

Dua bebola cahaya misteri kemudian muncul dan ia bergerak turun ke kawasan belukar.Kemunculan dua bebola cahaya misteri itu hampir sama dengan satu cahaya yang berlegar-legar di atas Kubah Emas di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis pada Januari lalu.
Imej UFO itu boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi
















Selasa, 1 Mac 2011

Selesai solat hajat malam ini



Alhamdulillah , syukur kerana dapat menunaikan hajat Tuan Haji Zainuddin Ahmad sebentar tadi. Solat Hajat untuk anak beliau yang akan menjalani pembedahan buah pinggang pagi esok. Terimakasih kepada semua jemaah dan anak - anak Tahfiz Ad Diniyyah

Mudah - mudah anak beliau selamat menjalani pembedahan esok. Sabar atas ujian.

Jalan - jalan cari handphone!



"Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya - tanya, kemana hilangnya sinar...
Rupa - rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi "
 
 

Mana satu  Pelangi???

Budak Muka Serigala di Bangkok

SK: Apa kabor Hj Sapuan Di Bangkok??? Jumpa tak budak ni? :)


Allah Maha Pencipta. Bersyukur dengan apa yang anda miliki.

BANGKOK - Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Thailand, Supatra Sasuphan digelar 'budak serigala' kerana wajahnya yang dipenuhi dengan bulu, lapor sebuah akhbar semalam.Walaupun kerap diejek oleh rakan-rakan sebaya, Supatra yang tinggal di sini berkata, dia kini amat popular selepas Guinness Book of Records mengiktirafnya sebagai perempuan yang memiliki bulu badan paling lebat di dunia.

"Saya gembira nama saya berada dalam Guinness Book of Records. Ramai orang terpaksa berusaha keras untuk tersenarai tetapi saya cuma perlu menjawab beberapa soalan," katanya.

Kanak-kanak itu merupakan antara 50 penghidap penyakit ganjil dikenali sebagai Sindrom Ambras yang menyebabkan tubuhnya dipenuhi bulu.

Dia memiliki bulu lebat yang tumbuh di seluruh wajah, telinga, tangan kaki dan belakangnya.Pelbagai kaedah rawatan termasuk rawatan laser setakat ini gagal menghentikan bulu-bulu tersebut daripada tumbuh semula. - Agensi

Isnin, 28 Februari 2011

Solat Hajat Malam Esok


Makluman Setempat :
Haji Zainuddin Ahmad 2A/4 mohon pihak surau dan pelajar Tahfiz mengadakan solat Hajat khusus untuk anak beliau yang akan menjalani pembedahan pada hari Rabu.

Solat hajat akan diadakan

Hari : Selasa
Tarikh : 01 March 2011
Waktu: Selepas Solat Isyak
Tempat : Surau Ad Diniyyah

Semua dijemput hadir

Ahad, 27 Februari 2011

Solat jenazah Selepas Zohor



Salam,

Al Fatihah!!
Anak En Azhar Hashim 2A/7 meninggal dalam kandungan. Jenazah cukup sifat (berusia 6 Bulan. Kembar lelaki) Solat jenazah akan diadakan di Surau Ad Diniyyah selepas Solat Zohor. Kebumi lepas zohor

SK. tolong panjangkan maklumat ini. Al Fatihah

HUKUM BERKAITAN JENAZAH BAYI BERUSIA 4 BULAN - 6 BULAN

Sabda Rasululah SAW
السقط يصلى عليه ويدعى لوالديه بالمغفرة والرحمة

Bayi yang gugur (hendaklah) disolatkan ke atasnya dan didoakan untuk dua ibu-bapanya keampunan dan rahmat Allah”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi dan al-Hakim. Hadis ini ditashihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh Imam az-Zahabi).


Hadis di atas adalah umum dan diperincikan oleh ulamak mengikut pandangan dan mazhab masing - masing. Menurut Imam al-‘Abdari; “Jika bayi yang keguguran itu belum berusia empat bulan, tidak wajib disolatkan ke atasnya tanpa khilaf di kalangan ulamak (yakni ijmak). Jika usianya mencapai empat bulan dan tidak bergerak (ketika gugurnya), tidak disolatkan ke atasnya mengikut pandangan jumhur ulamak. Mengikut Imam Ahmad dan Imam Daud; hendaklah disolatkan”. (Lihat; al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jil. 5, hlm. 212)

Mengikut pandangan mazhab Syafi’ie; bayi atau janin yang lahir sebelum berusia enam bulan (di dalam kandungan), jika terdapat tanda - tanda hidup (seperti menangis, bergerak, bernafas atau sebagainya), hukumnya sama seperti mayat orang dewasa iaitu wajib dimandikan, dikafankan, disolatkan serta dikebumikan kerana telah diyakini bahawa kematiannya berlaku setelah ia hidup. Jika tidak terdapat tanda-tanda hidup, maka hendaklah dilihat; jika telah kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin telah berusia empat bulan atau lebih dalam kandungan), hendaklah dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tanpa perlu disolatkan. Jika belum kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin belum berusia empat bulan), maka memadai membasuhnya sahaja (untuk membersihkan dari darah), kemudian dibungkus dengan kain atau sebagainya dan ditanam. Tidak perlu dimandikan dan disolatkan.

Dalil bagi perincian mazhab Syafi’ie tersebut ialah sabda Nabi s.a.w.;
إذا استهل السقط صلى عليه وورث

Jika bayi yang gugur bersuara atau menangis (ketika gugurnya), hendaklah disolatkan ke atasnya dan ia berhak mewarisi”. (Riwayat Imam Ibnu Majah dari Jabir r.a.).

Berdasarkan hadis ini, bayi yang keguguran jika tidak terdapat tanda - tanda hidup (seperti menangis atau bersuara sebagaimana di dalam hadis) tidaklah disolatkan. Hadis ini mengikat makna umum hadis pertama di atas. Maka hadis pertama di atas jika dipadankan dengan hadis ini, maka ia memberi maksud; “Bayi yang gugur hendaklah disolatkan ke atasnya (jika ia bersuara atau terdapat tanda-tanda hidup)….”. (Lihat tafsiran hadis ini oleh Imam al-Minawi dalam Faidhul-Qadier, hadis no. 4492).

Perincian hukum di atas adalah khusus bagi janin atau bayi yang berusia sebelum enam bulan sebagaimana dinyatakan. Adapun bayi yang telah berusia lebih enam bulan di dalam kandungan, hukumnya sama seperti orang dewasa iaitu wajib dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan jika ia gugur atau mati ketika dilahirkan (sama ada terdapat tanda-tanda hidup atau tidak).

Tambahan;

Apa yang kita huraikan di atas adalah mengikut pandangan di kalangan ulamak - ulamak mazhab Syafi’ie. Adapun mengikut pandangan ulamak-ulamak mazhab lain;

- Menurut Imam Malik; bayi yang keguguran (yakni lahir tidak cukup bulan) tidak perlu disolatkan kecuali jika ada tanda-tanda hidup dan tanda itu hendaklah dalam tempoh yang panjang.

- Menurut Ibnu Umar r.a., Ibnu Sirin dan Imam Ahmad; hendaklah disolatkan ke atasnya sekalipun tidak bersuara (jika usianya telah sampai empat bulan).

Rujukan;

1. Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jil. 5, hlm. 209-212.
2. Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 474.
3. al-Fiqh al-Manhaji, jil. 1, hlm. 264.
4. Al-Fiqhul-Islami Wa Adillatuhu, jil. 2, hlm. 506.
5. Matn al-Ghayah Wa at-Taqrib, ulasan oleh; Syeikh Majid al-Hamawi, hlm. 100-101.
6. Syarh Soheh Muslim, juz 9, kitab al-Janaiz, bab Tarki as-Solah ‘Ala al-Qatil Nafsahu.

Wallahu A’lam.

Jadual Kuliah Bulan Mac 2011


Insyaallah, jadual ini akan di update dari masa ke semasa. Ada beberapa orang ustaz yang belum dapat disahkan kehadirannya

02.03.11 - Rabu - Ustaz Zaki Madzar Atham
03.03.11 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah - (Kitab Bimbingan Mukminin)
05.03.11 - Sabtu - Ustaz Muda Bin Abdullah
05.03.11 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Minyatul Musolli)
08.03.11- Selasa - Ustaz Fauzan Mazlan - Al halal Wal Haram Fil Islam (tidak dapat hadir)
09.03.11 - Rabu - Ustaz Ahmad Awang - Tafsir ayat Pilihan
12.03.11- Sabtu - Ustaz Khairil Anuar
12.03.11- Sabtu - 3.00 Petang - Ustaz Mustafa Desa (Fiqh dan Tasawwuf)
13.03.11- Ahad- 3.00 Petang - Ustaz Mustafa Desa (Fiqh dan Tasawwuf)
14.03.11 - Ahad - Ustaz Jemputan Bab Kematian
14.03.11 - Isnin - Ustaz Khairul Zaman - Tafsir Surah Al Baqarah
16.03.11 - Rabu- Ustaz Sidek Noor- Kitab Minhajul Abidin
19.03.11 - Sabtu - Ustaz Nurul Khalil - Riyadus Solihin
20.03.11 - Ahad - Ustaz Zulkifli Ahmad - Kitab Bahrul Mazi Jilid 17
22.03.11 - Selasa - Ustaz Dr. Mahmud
25.03.11- Jumaat - Ustaz Sobri Mat KitabPendidikan Anak - anak Dalam Islam
26.03.11- Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Minyatul Musolli)
26.03.11- Sabtu 10.00 Pagi Ustaz Mustafa Desa (Fiqh dan Tasawwuf)
26.03.11 - Sabtu - Ustaz Nurul Khalil - Riyadus Solihin
27.03.11 - Ahad - Kuliah Subuh Ustaz Mustafa Desa - Kitab Daqaik Akhbar
27.03.11 - Ahad 10.00 Pagi Ustaz Mustafa Desa (Fiqh dan Tasawwuf)
28.03.11 - Isnin - Ustaz Nazmi Abdul Karim