Muhammad Aidil Bin Zulkifli

Rakaman Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pada 3 Januari 2013

Kenangan Forum Bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus

Jom! Bersama Kami membentuk generasi Al Quran

Upah Haji / Badal Haji

Pendaftaran untuk upah haji / badal haji 1434 dibuka sekarang. Insyallah sempurna "

BACALAH AL QURAN!

Bacalah Al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti Al Quran akan datang membawa syafaat kepada org yg membacanya ’.

Rasululah S.A.W bersabda!'

""Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pelapis Al Quran’.

Kenangan di Karnival

Mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah ’.

Pendaftaran Upah Haji 1434 dibuka sekarang

“Sudahkah ibu bapa anda yang meninggal dunia menunaikan haji?.”"

Sabda Rasulullah S.A.W

““Tiap - tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As .”.” "

Ahmad Fahmi Abdul Rahman!

““Tempat Ketiga Program Hafazan Al Quran Peringkat Remaja Bawah 15 Tahun - 26 Mei 2012 di muzium Kesenian Islam.”.” "

Ustaz Don Daniyal Biyajid!

““Pelancaran Dana Penambahan Bangunan Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 16 Ogos 2012.”.” "

JOM! INFAQ DAN WAKAF!

““Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam.”.” "

Perspektif Cadangan Bangunan Asrama Tahfiz

““Jom! Wakaf harta untuk pembinaan Bangunan Baru Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hubungi 013 2791608 .”.” "

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bersama Ustaz Zamri

Jom! Bersama kami membentuk Generasi Al Quran

Muhammad Zulhusni Bin Othman

Naib Juara Pertandingan Hafazan Al Quran Peringkat Daerah Gombak 19 dan 20 Jan 2013 di Masjid Al Ansar AU2- Kategori 1-20 Juzuk

Sabtu, 23 April 2011

Video latihan silat anak - anak tahfiz

video
Maaf ye gambar kurang terang -  rakaman waktu malam

video
Pasang speaker dengar suaranya je la

Video ini sempat SK rakam ketika anak - anak Tahfiz membuat sesi latihan hujung minggu. Silat Lian Padukan. Bukang calang calang Hang Tuah ni. Hang Tuah Al Hafiz. :)

:)

Jom tengok bagaimana cara buat telur palsu


Cara mengenal telur ayam palsu

Video cara nak buat telur




"Mamak Teh tarik Satu!! Roti canai  satu, Telur separuh masak 2!!!!"

:)

Seharian menyiapkan laporan Mesyuarat Agung ke 9.



Penat mata mengadap PC seharian. Menyiapkan laporan tahunan yang nak dibentangkan malam Ahad ini. Menyelongkar dokumen setahun dalam hard disk. Hampir 80% laporan siap. Berhenti rehat kejap, hilangkan penat   Seharian tak menjengah suraukini.

Baru nak log in blog, SK dapat satu panggilan dari penghuni Flat SB. Emergency katanya. Histeria. Mmmmm.... malas betul nak keluar. dah 12.30 tengah malam ni.

Jin buat hal la tu.

Ko pun jin satu hal, nak buat hal esok aje la..... malam malam orang nak tidur. Grrrrrrrrr!!!!

Dah tak larat ni......ZZZZZzzzzz


Khamis, 21 April 2011

Peetupeetu selamat menjalani operation.


Anak bongsu Peetupeetu

Alhamdulillah Peetupeetu selamat menjalani pembedahan jari kaki dan sedang berehat di Pusrawi Wad An Naim.Semoga cepat sembuh.

23 - 27 May 2011 - Peperiksaan Penggal Pertama 2011 Anak anak Tahfiz


Berasap la kepala korang!!!

Prestasi menghafaz anak - anak tahfiz akan diuji pada tarikh tersebut. Semua anak - anak akan diuji hafazan keseluruhan
Surah Al Sajadah
  • Surah Al Mulk
  • Surah Al Waqiah
  • Surah Al Insan
  • Surau Yassin,
  • Surah An Naba'
  • Surah An Nazi'at
  • Surah Abasa
  • Semua surah Juzuk 30
  • Juzuk Pertama Surah Al Baqarah
  • juzuk kedua Surah Al Baqarah
 Jumlah keseluruhan ialah 4 juzuk.Bersedia dari sekarang!

SK - Pelajar yang berjaya mencapai tahap Hafazan Mumtaz akan diberi cuti 3 hari. (Waktu bercuti pilihan sendiri)

Selasa, 19 April 2011

Selamat menjalani pembedahan jari Peetupeetu


Amacam peetupeetu??? sama tak jari ni??? hihihih

Peetupeetu ialah pembaca setia blog suraukini. Difahamkan beliau akan menjalani pembedahan kecil jari kakinya. Semoga selamat menjalani pembedahan tersebut.

Peetupeetu bertanya tentang cara berwuduk ketika kaki berbalut. SK linkkan jawapan tu kat sini

SK: Ater cer citerrrr, apa ke bendanya peetupeetu tu?? :)

Mesyuarat AJK Surau - Persiapan Mesyuarat Agung ke - 9




Makluman setempat :

Pemberitahuan Mesyuarat AJK Surau akan diadakan pada

Tarikh : 24 April 2011
Hari : Ahad
Masa : Selepas Solat Isyak
Semua AJK diwajibkan hadir

SMS akan menyusul.

Video Taufan terburuk di Carolina Utara


RALEIGH (Carolina Utara): Angin taufan terburuk dalam tempoh beberapa dekad melanda sebahagian Amerika Syarikat, semalam, menyebabkan 45 orang maut dan merosakkan bangunan serta harta benda lain.

Bencana itu bermula pada petang Khamis (waktu tempatan) di Oklahoma apabila angin puting beliung raksasa hampir memusnahkan seluruh bandar Tushka yang dihuni 350 orang.

Hampir semua kediaman dan kedai di bandar itu musnah, manakala dua penduduk warga emas terbunuh. Sehari kemudian kekuatan angin meningkat dan mencetuskan beratus-ratus taufan yang melanda Arkansas, Mississippi, Alabama dan Carolina Utara, sebelum menuju Virginia pada malam Sabtu.

Jurucakap Agensi Pengurusan Darurat Persekutuan, Patty McQuillan, berkata bencana taufan itu adalah terburuk sejak 1984 .“Saya masing ingat kejadian itu dan saya yakin taufan ini lebih hebat daripada bencana berkenaan,” katanya.

 

Kuliah Dr. Mahmud - Perbandingan Agama

Salam

Kuliah Dr. Mahmud yang dijadualkan malam ini diubah ke hari Selasa Minggu ke empat pada setiap bulan. 26 April 2011. Insyaallah kuliah bulanan adalah berkisar tentang Perbandingan Agama (Muqaranatul Adyan)

kesulitan amat dikesali 

Selamatkan generasi manusia!!


Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak. Ini adalah 10 kali lebih kontroversial daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu, kata pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan.

Katanya, sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk. Jelasnya, pendedahan langsung terhadap jumlah thorium yang besar, meskipun dibuktikan oleh Lynas dan Badan Perlesenanan Tenaga Atom (AELB) mempunyai tahap radiasi yang rendah, adalah bahaya apabila jumlah yang banyak mula terkumpul.

Kedua-dua Lynas dan AELB berkata pusat berkenaan akan menghasilkan thorium - elemen radioaktif yang bakal terhasil dan mendakwa bahan itu mempunyai tahap radiasi yang rendah serta tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan persekitarannya.

Jayabalan sebaliknya berkata sebarang pendedahan berterusan tidak kira sekecil mana sekalipun adalah bahaya kepada kesihatan.

"Mungkin AELB dan Lynas adalah betul, bahawa nadir bumi bukan radioaktif kerana ia telah disingkirkan. Apa yang mereka akan berikan kepada kita di Gebeng adalah sisa radioaktif yang dinamakan thorium," katanya kepada kira-kira 500 orang di ceramahnya di Kuantan pada malam Ahad lalu.

"Dan mungkin juga pihak berkuasa adalah betul kerana thorium adalah sisa tahap rendah (radioactive) dan mereka dakwa ini adalah selamat.

"Ini adalah istilah yang digunakan oleh industri untuk menggelirukan anda... ingat tidak ada tahap selamat bagi radioaktif,” katanya

malaysiakini

SK : Apa kabor orang Pahang???

Bahaya sisa radioaktif kepada manusia . Tengok gambar - gambar ni. Selamatkan anak cucu kita
bayi lahir tak sempurna
Beginikah generasi masa hadapan manusia???

Banyak lagi gambar - gambar kesan radioaktif yang tak sanggup SK siarkan. Soalan yang patut kita jawab. Apakah Kerajaan Australia kisah kalau ini berlaku pada generasi kita??? Kenapa tak buat kat Australia sahaja?
Loji nuklear di Jepun meragam , Korea, China Amerika semua kelam kabut. Australia nak buat benda yg sama kat tempat kita

Ada "aku" kisah???? 

Tengok je video ni

Promosi website rakan pembaca blog - Perkim Taman Cheras Utama


SK merakamkan jutaan terimakasih kepada PERKIMCTU kerana sudi memberi promosi pecuma blog Suraukini di website rasmi mereka.

SK sempat meninjau - ninjau website PERKIMCTU sebentar tadi. Hebat . Banyak kerja amal dan Dakwah yang dilakukan. Pembaca blog SK sudi - sudikanlah melayari website tersebut. Tiada apa sangat yang boleh SK sumbang untuk PERKIMCTU melainkan mempromosikan juga website mereka di sini. Dapat pahala promosi je jadi la....:)

 kredit untuk PERKIMCTU

Isnin, 18 April 2011

Jadual Kelas Tajwid Muslimat


Kuliah Tajwid akan diadakan pada

Hari : Setiap Hari Sabtu
Jam : 9.00 Pagi
Bertempat : Surau Ad Diniyyah Taman Bandar Baru Selayang FAsa 2A, Jalan Sungai Tua, Batu Caves

Guru : Ustazah Soleha

SEMUA MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Rakaman video - Temuduga kemasukan pelajar


video

Minggu lepas SK sempat temuduga seorang pelajar baru yang ingin belajar di Pusat Tahfiz Ad Diniyyah. Kebetulan, ada satu katil kosong di asrama. Ada seorang pelajar yang mohon keluar dari asrama dan ingin berulang alik dari rumah ke pusat tahfiz kerana masalah kesihatan. Satu katil sudah kosong. Jadi Pusat Tahfiz membuka peluang untuk menerima seorang lagi pelajar baru.

Pelajar yang SK temuduga ini berpindah dari sebuah Pusat Tahfiz di Hulu Selangor. Namanya Izzat. Bacaannya bagus. Katanya dia suda hafaz 2 juzuk Al Baqarah. Tapi bila diuji beberapa ayat. Dia kantoi. Lupa. Tengok la video kat atas tu.

 isk! isk! isk!

Bagaimanapun akhirnya pelajar ini diterima masuk juga kerana bacaannya bagus. Tajwid dan mahrajnya jelas dan betul. Insyallah kalau ada azam yang kuat soal lupa boleh diatasi.



PRN Sarawak Melabuh Tirainya


Terima Kasih Semua - KHAS UTK Sadong Jaya

"TUHAN"! Lama aku gelintar, cari arah cahaya, menerangi gelita. TUHAN! Indahnya hidayahMU, sinari ruang kalbu, luruh air mataku, mensyukuri nikmatMU. Oh TUHAN! Pimpinlah hati ini, untukku menghayati, oh petunjukMU.

Walau diuji kesabaranku, duga keimananku, tidak tercabar kenyakinanku, pada janji-janjiMU. Tetap bersujud di hadapanMU, merayu cintaMU. Seluruh jiwaaku serahkan, hanyalah untukMU.

Betapa bersyukur dengan hidayah yang ENGKAU berikan. Semoga selamanya aku kekal di jalanMU."

"Moga DIA dengar rayuan kita, moga DIA selami keikhlasan perjuangan kita, moga DIA saksikan kesungguhan jihad kita, moga DIA redhai iltizam kita pertahan serta perjuangkan hidayahNYA dan moga DIA titipkan kemenangan buat perjuangan pilihanraya kita. Takbir"


nukilan HABIBABDULSAMAD




Kami mengucapkan terima kasih kepada anak isteri kami, rakan rakan yang membantu proses p/raya di Sadong Jaya. Kita jumpa lain kali. Assalamualaikum.

Video - Suasana anak - anak memulakan pengajian kitab ala pondok

video

Rakaman petang semalam. Video ini bukanlah rakaman keseluruhan  kuliah. Sekadar untuk tontonan ibu bapa pelajar. Mood dan suasana pembelajaran ala pondok.

Mudah - mudahan anak - anak ini menjadi ulama' hebat satu hari nanti.

Ahad, 17 April 2011

Gotong royong setaman pagi ni.


Lori MPS dan Bomba Selayang

Pagi ini sempat SK menyertai gotong royong setaman. Membersihkan kawasan jalan 2A/7 dan perkarangan surau . Menyembur air ke dalam longkang dengan bantuan Bomba Selayang. Mencantas ranting - ranting pokok yang menganggu laluan bas sekolah. Ada lori tambahan untuk membuang sampah disediakan oleh MPS

SK tidak sempat lama bergotong royong kerana terkejar kejar menguruskan anak - anak Tahfiz ke kelas akademik . Macamanapun sempat juga merakam beberapa keping gambar untuk tontonan bersama.

Semburan air ke dalam longkang - tiada lagi longkang tersumbat.

Anak - anak Tahfiz tidak bersama bergotong royong kerana ada kelas pengajian akademik. Lewat tengahari baru balik dari kelas akademik. Gotong royong makan pun jadilah.....:)

Respon segera pembaca blog Suraukini - Kitab Riyadus Solihin


Terimakasih kepada pembaca blog yang respon pada posting SK lewat malam tadi. Dalam posting tersebut SK ada menyebut tentang penggunaan Kitab Hadith Riyadus Solihin untuk kegunaan pelajar Tahfiz. Awal pagi ini ada pembaca yang respon melalui sms bertanyakan tentang kitab tersebut.

SK tidak pasti sangat tentang harganya, cuma yang boleh disebut di sini ialah kitab tersebut bernama

TERJEMAHAN RIADHUS SHALIHIN
JILID 1 & 2
IMAM ABU ZAKARIA YAF ANNAWARAHYA BIN SYARY

ALIH BAHASA OLEH
H/ SALIM BAHREISY

PENERBIT
VICTORY AGENCIE
KUALA LUMPUR
(seperti gambar di atas)

Persiapan Mesyuarat Agung kali ke 9 Surau Ad Diniyyah

Gambar Kenangan - Barisan AJK Surau 2008 - Mesyuarat Agung kali ke 6
 
Insyallah sekitar bulan Mei 2011, Mesyuarat Agung Surau Ad Diniyyah kali ke 9 akan diadakan. Masa dan tarikh yang tepat masih belum diputuskan. Biasalah, waktu - waktu begini , setiausaha akan mula sibuk mengumpul semua maklumat sepanjang 2010 - 2011.

Ketika SK menyelongkar External Hard disk simpanan data untuk mencari maklumat aktiviti tahunan, SK terjumpa dengan gambar - gambar ni. Meh la kita kongsi sama gambar ni ye. Sekurang - kurangnya dapat mengimbau kenangan lama. Semua gambar ni ialah gambar ketika mesyuarat Agung pada tahun 2008

 
Allahyarham Hj. Mohd Tahir menyampai hadiah cabutan bertuah kepada Ustaz Mohd Zaki yang baru berpindah ke taman ini. Trademark Allahyarham - Cabutan bertuah
 
YB. Saari Sungib merasmikan Mesyuarat
 
Barisan AJK 2008 -Pengerusi Tetap - Ustaz Azhari

Sebelum jadi bendahari