Muhammad Aidil Bin Zulkifli

Rakaman Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pada 3 Januari 2013

Kenangan Forum Bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus

Jom! Bersama Kami membentuk generasi Al Quran

Upah Haji / Badal Haji

Pendaftaran untuk upah haji / badal haji 1434 dibuka sekarang. Insyallah sempurna "

BACALAH AL QURAN!

Bacalah Al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti Al Quran akan datang membawa syafaat kepada org yg membacanya ’.

Rasululah S.A.W bersabda!'

""Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pelapis Al Quran’.

Kenangan di Karnival

Mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah ’.

Pendaftaran Upah Haji 1434 dibuka sekarang

“Sudahkah ibu bapa anda yang meninggal dunia menunaikan haji?.”"

Sabda Rasulullah S.A.W

““Tiap - tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As .”.” "

Ahmad Fahmi Abdul Rahman!

““Tempat Ketiga Program Hafazan Al Quran Peringkat Remaja Bawah 15 Tahun - 26 Mei 2012 di muzium Kesenian Islam.”.” "

Ustaz Don Daniyal Biyajid!

““Pelancaran Dana Penambahan Bangunan Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 16 Ogos 2012.”.” "

JOM! INFAQ DAN WAKAF!

““Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam.”.” "

Perspektif Cadangan Bangunan Asrama Tahfiz

““Jom! Wakaf harta untuk pembinaan Bangunan Baru Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hubungi 013 2791608 .”.” "

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bersama Ustaz Zamri

Jom! Bersama kami membentuk Generasi Al Quran

Muhammad Zulhusni Bin Othman

Naib Juara Pertandingan Hafazan Al Quran Peringkat Daerah Gombak 19 dan 20 Jan 2013 di Masjid Al Ansar AU2- Kategori 1-20 Juzuk

Sabtu, 28 Mei 2011

Bir halal?

JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.
“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

Jumaat, 27 Mei 2011

Alhamdulillah Mesyuarat Persiapan Kursus Jenazah selesai - Urusetia dibentuk


Urusetia program bersiap sedia!!!

Beberapa keputusan telah dibuat dalam mesyuarat Persiapan Kursus Pengurusan Jenazah sebentar tadi.

Pengarah Program : Haji Zulkiflii
Timbalan Pengarah : Ustaz Azhari Ibrahim
Setiausaha : SK
Bendahari: Haji Sapuan Daman
Pendaftaran Perempuan: Puan Hajjah Norbaiti Abu Asid
Pendaftaran Lelaki : Taqiudin Helmi
Persiapan Makanan : Hajjah Azizah Salim
Persiapan LCD Projektor : Cinagambar
Persiapan Alatan bantuan mengajar: SK
Persiapan Nota : SK
Rakaman Gambar: Dino Alham'd & Cinagambar
Rakaman Video : En. Izauddin
PA System : Haji Mohamad Amin

Pendaftaran : RM10.00
Nota dan bahan praktikal : RM5.00
Sumbangan dialu - alukan

Makluman:
Nota dan makanan tidak disediakan untuk peserta yang tidak berdaftar. Daftar awal kerana memudahkan urusetia membuat persiapan. Lihat nama peserta berdaftar di sini
Sila bersarapan pagi di rumah

Aturcara Program

8.00 Pagi: Pendaftaran
8.30 Pagi: Slot 1 Teori
10.00 Pagi : Tea Break
10.15 Pagi: Slot 2 Teori
12.30 Tengahari : Makan tengahari
1.00 - 2.00 Petang - Solat Zohor
2.00 - 4.00 Petang - Slot 3 Amali
4.30 Petang - Minum petang solat asar
5.00 Petang - bersurai

Sentiasa ikuti perkembangan blog, mungkin ada tambahan maklumat.

Khamis, 26 Mei 2011

Jadual Kuliah Bulan Jun 2011


Semua kuliah / ceramah / program di bawah diadakan di

Tempat : Surau dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah, No 62 Jalan 2A/5, Taman Bandar Baru Selayang FAsa 2A, Jalan Sg Tua, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Terbuka untuk semua tiada bayaran dikenakan, semua dijemput hadir dan hebahkan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Barangsiapa yang melalui jalan - jalan (berusaha) untuk mencari ilmu, nescaya Allah permudahkan jalannya ke syurga"

Insyaallah, jadual ini akan di update dari masa ke semasa. Ada beberapa orang ustaz yang belum dapat disahkan kehadirannya. Rajin - rajinlah melayari blog ini.

01.06.11 - Rabu - Ustaz Zaki Madzar Atham (Kitab Matlaul Badrain) (BERCUTI DI KAMPUNG)
02.06.11 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah - (Kitab Bimbingan Mukminin) (TIDAK DAPAT HADIR)
02.06.11 - Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah (Berhajat? Hubungi 0132791608)
04.06.11 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Minyatul Musolli)
04.06.11 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
04.06.11 - Sabtu - Ustaz Muda Bin Abdullah ( Hadith 40) (TIDAK DAPAT HADIR)
08.06.11 - Rabu - Ustaz Ahmad Awang - Tafsir ayat Pilihan - Ayat - Ayat berkaitan Pengharaman Arak
09.06.11 - Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah (Berhajat? Hubungi 0132791608)
11.06.11 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Minyatul Musolli)
11.06.11 - 8.30 Pagi - Ustaz Mustafa Desa (PENGAJIAN ALA PONDOK)
11.06.11 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
12.06.11 - Ahad 8.30 Pagi - Ustaz Mustafa Desa (PENGAJIAN ALA PONDOK)
12.06.11 - Ahad 2.00 Ptg.- Ustaz Zaki Madzar Atham Hidayah As Sibyan (PENGAJIAN ALA PONDOK)
13.06.11 - Isnin - Ustaz Khairul Anuar (Tafsir Al Baqarah)
14.06.11 - Selasa - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (Sirah Nabawiyah Durus Wa I'bar)
15.06.11 - Rabu- Ustaz Sidek Noor- Kitab Minhajul Abidin
16.06.11 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah (Kitab Bimbingan Mukminin)
16.06.11 - Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah (Berhajat? Hubungi 0132791608)
17.06.11 - Jumaat - Ustaz Zulkifli Ahmad (Kitab Bahrul Mazi Jilid 17)
18.06.11 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Minyatul Musolli)
18.06.11 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
18.06.11 - Sabtu - Ustaz Nurul Khalil - Kitab Riyadus Solihin
19.06.11 - Ahad- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Minyatul Musolli)
19.06.11 - Ahad - Ustaz Zaki Madzar Atham - Hidayatus Sibyan (Selepas Solat Zohor) PENGAJIAN ALA PONDOK
23.06.11 - Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah (Berhajat? Hubungi 0132791608)
24.06.11 - Ustaz Sobri Mat - (Pendidikan anak - anak Dalam Islam)
25.06.11 - Sabtu Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Minyatul Musolli)
25.06.11 - Sabtu 8.30 Pagi - Ustaz Mustafa Desa (PENGAJIAN ALA PONDOK)
25.06.11 - Sabtu  9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
26.06.11- Ahad- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Minyatul Musolli)
26.06.11 - Ahad - Ustaz Mustafa Desa (PENGAJIAN ALA PONDOK)
26.06.11 - Ahad - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (Sirah Nabawiyyah Durus Wa I'bar)
27.06.11 - Isnin - Ustaz Nazmi Abdul Karim (TIDAK DAPAT HADIR)
28.06.11 - Selasa - Ustaz Dr. Mahmud (Perbandingan Agama)
30.06.11 - Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah (Berhajat? Hubungi 0132791608)

Ini bukan sembarangan Dam Ular.


Dam ular besar gedabak!

Bermain dam ular sambil mempelajari sesuatu tentang ibadah solat. Ini bukan permainan dam ular yang biasa anda lihat. Dam ular ini akan mengajar anak anda tentang Solat. Ada soalan - soalan berbentuk pengetahuan yang perlu anak anda ketahui jawapannya. Semua soalan berkisar tentang ibadah SOLAT. Bermain sambil menambah ilmu.

Permainan dam ini adalah sebahagian aktiviti ceria KLINIK SOLAT AL DIHAT. Daftar sekarang. Tempat terhad.

Serius.... Sebahagian Fasilitator berbincang membuat persiapan terakhir Klinik Solat Al Dihat

Anak anda sudah pandai solat??? Sertai program best ini.
Info lanjut klik sini

Waktu yang Afdhal untuk menonton Rancangan di TV 1




Berita baik kepada sahabat - sahabat yang tidak berkesempatan untuk ke surau dan ke masjid untuk mendengar kuliah. Peluang baik -Menuntut ilmu sambil minum petang , sambil menonton TV bersama anak dan isteri. 

Buka TV 1 waktu ini. Tonton rancangan ilmiah ini.

Setiap hari Selasa (6.30 - 7.00 Petang)
Kitab :
Kitab Faridatul Fara'id
(Kitab berkaitan Tauhid), karya Syeikh Ahmad al-Fathani.

Penyampai :
Ustaz Azhar Hasyim

Setiap hari Rabu (6.30 - 7.00 Petang)


Kitab :
Kitab Munyatul Mushalli
(Kitab berkaitan sembahyang),
karya Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fathani.
Penyampai :
Ustaz Abdul Halim Saad

Tornado 24 Mei 2011 - Puting beliung gergasi di Oklahoma


 
Padang jarak padang terkukur - Imej satelit- bandar Joplin selepas taufan gergasi

Musim taufan melanda Amerika Syarikat.

BANDAR OKLAHOMA, Amerika Syarikat (AS) - Imej puting beliung gergasi yang melanda pinggir bandar Oklahoma, AS berjaya dirakamkan menerusi kamera dan disiarkan di laman berita Msnbc.com kelmarin.
Menurut laporan media, sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh apabila puting beliung itu melanda Oklahoma dan Arkansas.

Empat orang terbunuh di Oklahoma apabila beberapa puting beliung merempuh pinggir bandar ini. - Agensi




Lagi sudut rakaman yang menakutkan. Klik di sini  video

SK: Amerika perlu berhenti mendera negara - negara umat Islam. Harus dingat - Doa adalah senjata terbaik orang Mukmin.

Rabu, 25 Mei 2011

Gempar 3 Jun. Sudah tak gempar .....semua dah tau .... :)

Gempar Setaman!!!
Nantikan apa yang bakal berlaku???
Siapa boleh teka?? Teka cepat!!
Penyertaan terbuka penduduk setaman sahaja.... hehehehe
Siapa betul dapat hadiah - Makan kambing!! hhihihhihh
imbasan klu pertama
imbasan klu kedua
imbasan klu ketiga
Oleh kerana ramai yang dah tau jawapannya, maka SK bagi klu keempat yang lebih mudah kat bawah ni. Khas kepada mereka yang belum tau jawapannya :)
Klu keempat
Hadiah kepada pemenang yang menjawab dengan tepat - jemput datang makan kambing pada 11 Jun nanti. Lokasi dirahsiakan buat masa ini. :)

Klu ke lima yang lebih jelas ada pada minit 10.23 dalam video ini .... hihihihih
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=aD8Y82oVEZA#at=661 

Jangan lewat daftarkan anak anda ke program ini. Sambutan hangat!! tempat terhad





Cuti Sekolah sudah hampir benar. Ayuh isi masa cuti dengan aktiviti berfaedah untuk anak - anak anda. Program ini khas untuk anak - anak yang berumur 12 tahun ke bawah. Klinik Solat. Pelbagai aktiviti menarik disediakan.

info selanjutnya klik sini

Gambar anak - anak yatim Hulu Selangor



Sebahagian dari mereka telah dijemput untuk bertemu Allah SWT lebih awal, meskipun masih muda, takdir Allah telah menentukan segalanya. Semoga Allah merahmati mereka yang syahid dalam malapetaka ini.

Kita hanya menunggu giliran. Al Fatihah

Selasa, 24 Mei 2011

Video puting beliung terburuk di Joplin



CHICAGO: Bencana puting beliung yang melanda bandar di Missouri dan meranapkan kediaman, bangunan sekolah serta hospital dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya 90 orang.

Puting-beliung yang melanda bandar Joplin berdekatan sempadan Oklahoma dan Kansas, semalam terjadi kurang daripada sebulan selepas bencana puting-beliung terburuk menyebabkan 354 orang maut di seluruh Amerika Syarikat berlaku. Ia adalah antara 46 bencana puting-beliung paling buruk berlaku di tujuh negeri di AS yang dilaporkan Pusat Khidmat Cuaca Kebangsaan. “Keadaan bagaikan di zon peperangan,” ujar Editor Joplin Globe, Scott Meeker.


“Beratus-ratus mangsa yang cedera dirawat di Hospital Memorial Hall tetapi disebabkan keadaan menjadi tidak terkawal dan bekalan ubat-ubatan kehabisan, maka mereka menjadikan sekolah sebagai pusat rawatan,” tambahnya.

Penduduk, Jeff Law, 23, sempat berlindung di bilik bawah tanah dan terkedu sewaktu melihat keadaan sekeliling sebaik keluar dari situ.

“Saya tinggal di sini seumur hidup saya dan apabila saya keluar dari ruang bawah tanah, saya bagaikan tidak tahu di mana saya berada,” katanya kepada wartawan akhbar Springfield News-Leader. “Semuanya tidak lagi seperti dulu. Ia bagaikan dunia sudah berakhir,” katanya lagi. - AFP


Mesyuarat Persiapan Kursus Jenazah - Khamis 26 Mei


Selepas selesai 3 program besar hujung minggu baru - baru ini, AJK Ad Diniyyah akan menghadapi 2 lagi program besar hujung minggu ini pula. Program Kursus Pengurusan Jenazah pada 28 Mei  bermula jam 8.30 pagi berakhir jam 4.30 Petang.

Jam 5.00 Petang hari yang sama dan tempat yang sama akan diadakan Majlis Aqad Nikah anak Perempuan Haji Abdul Rahim. Haji Abdul Rahim adalah salah seorang AJK Pusat Tahfiz Ad Diniyyah. Majlis berakhir sekitar jam 6.30.

Jam 9.00 malam hari yang sama, ada majlis doa selamat di rumah pengantin. Esok paginya kita gotong royong kenduri kendara di rumah Pengantin pula.

Untuk selaraskan  2 program besar ini, satu mesyuarat akan diadakan sekali lagi pada

Tarikh : 26 Mei 2011
Hari : Khamis
Jam : Selepas Isyak
Tempat : Surau Ad Diniyyah

Jemput datang tanda sokongan - "Di sini Muammalah bermula"

SK: Anak - anak tahfiz berperah otak minggu ini untuk ujian penggal.

jumlah peserta berdaftar sehingga hari ini

Ceramah Perdana Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat



Ceramah Perdana
YAB TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg Setia, Kuang (Tasik Biru)
Jumaat 27 Mei 2011
selanjutnya sila layari
http://www.templerkini.blogspot.com/  

Rakaman Hari Ibu 2011 oleh Cinagambar

Rangkuman foto - foto di sekitar Program Hari Ibu 2011 di Surau Ad-Diniyyah :

Sukaneka Rakyat - Bowling kelapa

haaaa... ni apa hal tutup mata???

Permata Ad Diniyyah - Juara Hafazan Peringkat Kebangsaan memperdengarkan bacaan

Sukaneka rakyat - Jangan pandang belakang congkak

Talk Show - Ibu Lin Dan Mu'adz

Cenderahati untuk ibu Lin

Haaaa meriah warna warni Ad Diniyyah

Tuan Haji Mohamad - Penyelaras DUN taman Templer

Ibu Lin - pikat pendengar

Adik Yusra - bercerita penuh emosi


Barisan urusetia - Warna perjuangan

Barisan urusetia - Nisa' Selayang


Isnin, 23 Mei 2011

Gambar dan Video Tragedi di Ulu Langat

Ada gambar - gambar yang SK tak sampai hati nak siarkan. Semoga Allah kurniakan kesabaran kepada semua mangsa yang masih hidup. Al Fatihah kepada semua Arwah.
Kredit untuk Blogger Pinkturtle


Kerja menyelamat
kesan runtuhan
impak
mencari

mangsa yang selamat trauma


Video Rangkuman Aktiviti Surau Ad Diniyyah 2010 - 2011

Salam untuk semua

SK merakamkan ucapan terimakasih kepada semua yang menghadiri Mesyuarat Agung Surau Ad Diniyyah Kali ke 9 yang diadakan malam tadi. Kehadiran memberangsangkan. Terimakasih juga atas kesudian Tuan Haji Zainal Abidin Bin Darudin - Nazir Masjid Sungai Tua untuk merasmikan mesyuarat pada tahun ini. Tema mesyuarat Agung tahun ini ialah : DI SINI MUAMMALAH BERMULA


Hujan sederhana lebat malam tadi memaksa mesyuarat bertukar tempat. Pada awalnya mesyuarat diadakan di perkarangan surau di bawah khemah. Apabila hujan mula turun, pengerusi mesyuarat mencadangkan supaya mesyuarat berpindah ke dalam surau.

Kepada yang tidak berkesempatan untuk hadir mesyuarat malam tadi pastinya anda tidak berkesempatan menonton persembahan multimedia Rangkuman Aktiviti 2010 - 2011. Buahtangan kenang - kenangan dari SK untuk semua. Pagi ini SK telah memuatnaikkan persembahan tersebut ke youtube untuk tatapan semua.

Selamat menonton Rangkuman Aktiviti Surau Ad Diniyyah sepanjang setahun yang lalu.

Rangkuman Video - Suasana pilu Kejadian Tanah Runtuh di Ulu Langat

gkuman R





Gambar sekitar Program Talk Show Hari Ibu

Ini hanya sebahagian gambar - gambar yang sempat SK rakam sekitar Program Hari Ibu. Insyallah lebih banyak gambar dari Cinagambar akan menyusul

Mu'adz Kasih Sejarak 2 jari

Berhibur sambil menjamu selera

Mu'adz bersama keluarga Hj. Zul.
Paling kanan Farihah Zulkifli Juara Hafazan Peringkat Kebangsaan

Persembahan anak - anak Tahfiz power .... Mu'adz tak boleh cari makan la camni hehehehe

Sebahagian Ibu Bapa yang hadir

Tahun depan kita buat hari bapa pulak.....

Seribu Penghargaan


Promote sikit Muadz..... :)

3 Program besar dalam masa 2 hari berjalan lancar. Alhamdulillah. Sukaneka Hari Ibu meriah, Talk Show Bersama Ibu Lin dan Mu'adz menghiburkan dan bermanfaat. Mesyuarat Agung Surau berjalan mengikut jadual.

Meskipun jadual sangat padat. AJK masih mampu memberi komitmen yang sangat tinggi.

SK mengambil kesempatan ini untuk merakamkan seribu penghargaan kepada semua AJK yang bertungkus lumus mempastikan program berjalan lancar. Kerjasama erat antara Pusat Khidmat Masyarakat DUN Templer, Nisa' Selayang dan Lajnah Muslimah Ad Diniyyah menjadikan program sukaneka Hari Ibu dan Talk Show berjaya dengan izin Allah. Kehadiran Penasyid Mu'adz dapat mengubah mood hadirin menjadi lebih ceria. Anak - anak Tahfiz rupanya terror bernasyid. :)

 Insyaallah gambar - gambar akan diupload sedikit masa lagi.

SK: Merakamkan ucapan Takziah kepada semua waris mangsa tanah runtuh di Ulu Langat. Semoga arwah ditempatkan di kalangan para solihin. Tabung Derma Kilat yang dilancarkan awal pagi semalam berjaya mengumpul sejumlah RM715.00. Insyaallah akan disalurkan kepada waris melalui Ustaz Azhari Ibrahim

SK abadikan lagu Kasih sejarak 2 jari yang dinyanyikan oleh Mu'adz dalam program Talk Show hari Ibu Surau Ad Diniyyah. Lagu ini sunguh menyentuh jiwa apatah lagi disaat kita kehilangan anak - anak yatim dalam kejadian tanah runtuh di Ulu Langat

Selamat datang Mua'dz ke blog suraukini.... dah nampak message Mu'dz di shoutbox...terimakasih kerana menziarahi blog ini...jemput datang lagi :)

Ahad, 22 Mei 2011

Talk show hari ibu sedang berlangsung

Sk sedang berada di tapak program Hari Ibu . Mendengar nasyid dari Muaz bersama ibu Lin di perkarangan Surau Ad Diiniyyah.mencuba I Phone Azman. Insyallah gambar menyusul