Muhammad Aidil Bin Zulkifli

Rakaman Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pada 3 Januari 2013

Kenangan Forum Bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus

Jom! Bersama Kami membentuk generasi Al Quran

Upah Haji / Badal Haji

Pendaftaran untuk upah haji / badal haji 1434 dibuka sekarang. Insyallah sempurna "

BACALAH AL QURAN!

Bacalah Al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti Al Quran akan datang membawa syafaat kepada org yg membacanya ’.

Rasululah S.A.W bersabda!'

""Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pelapis Al Quran’.

Kenangan di Karnival

Mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah ’.

Pendaftaran Upah Haji 1434 dibuka sekarang

“Sudahkah ibu bapa anda yang meninggal dunia menunaikan haji?.”"

Sabda Rasulullah S.A.W

““Tiap - tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As .”.” "

Ahmad Fahmi Abdul Rahman!

““Tempat Ketiga Program Hafazan Al Quran Peringkat Remaja Bawah 15 Tahun - 26 Mei 2012 di muzium Kesenian Islam.”.” "

Ustaz Don Daniyal Biyajid!

““Pelancaran Dana Penambahan Bangunan Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 16 Ogos 2012.”.” "

JOM! INFAQ DAN WAKAF!

““Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam.”.” "

Perspektif Cadangan Bangunan Asrama Tahfiz

““Jom! Wakaf harta untuk pembinaan Bangunan Baru Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hubungi 013 2791608 .”.” "

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bersama Ustaz Zamri

Jom! Bersama kami membentuk Generasi Al Quran

Muhammad Zulhusni Bin Othman

Naib Juara Pertandingan Hafazan Al Quran Peringkat Daerah Gombak 19 dan 20 Jan 2013 di Masjid Al Ansar AU2- Kategori 1-20 Juzuk

Sabtu, 16 Julai 2011

Turun esok! Gotong royong Persiapan Ramadhan


Makluman Setempat

Salam , seperti yang telah di war - warkan, esok insyallah akan diadakan program Gotong Royong Perdana Persiapan Menyambut Ramadhan di surau Ad Diniyyah. Program bermula jam 8.30 Pagi. Sila bawa perlatan yang sesuai.

bawa barangan perlu


sarapan pagi disediakan

Khamis, 14 Julai 2011

Dr. Lo' Lo' kritikal di Hospital Selayang


Sms yang diterima sebentar tadi memaklumkan YB. Dr. Lo' Lo' Ghazali Ahli Parlimen Titiwangsa kini kritikal di Hospital Selayang kerana barah paru - paru.

Bersama kita mendoakan beliau.

Isnin, 11 Julai 2011

Video budak Magnet di Brazil


SAO PAULO: Kemampuan seorang budak meletakkan besi ke badannya menarik perhatian orang ramai di Mossoro, timur laut Brazil.Laporan Globo TV menyatakan, Paulo David Amorim, 11, seolah-olah manusia magnet apabila pelbagai objek, termasuk garfu, pisau, gunting, kuali dan kamera melekat ke badannya.

Bapa Amorim berkata, dia mula menguji kebolehan anaknya selepas mengetahui ada budak lain di Croatia memiliki kemampuan sama.Katanya, dia terkejut apabila mendapati garfu dan pisau melekat ke tubuh Amorim.

Disebabkan kelebihannya itu, Amorim mendapat gelaran “budak magnet” di sekolahnya. - AP










Bersih : dari satu sudut rakaman




Jom kita kira berapa jumlah pembersih dalam video ni.....:)

Ahad, 10 Julai 2011

Selepas bersih

Selepas penat lelah bekejar - kejar di KL Central. Terimalah lagu ini.


Gathered here with my family
…My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together


Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call

And we’re calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

Jenazah Baharudin selamat dikebumikan



Jenazah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur jam 12.55 tengah hari ini.

Semalam dilaporkan Baharudin, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC, terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.Beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Kira-kira 500 hadirin termasuk pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengiringi jenazah ke tanah perkuburan itu.Kumpulan tersebut berjalan dari Surau Al-Muqarrabin - tempat jenazah Baharudin disembahyangkan - sejauh kira-kira tiga kilometer dengan mengiringi van jenazah yang membawa jenazahnya.

Turut menyertai kumpulan tersebut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO antaranya Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin.

Sambil mengiringi, mereka membaca tahlil dan bertakbir sepanjang jalan tanpa henti. Sepanjang perjalanan menuju ke tanah perkuburan itu, kumpulan tersebut berselisih dengan tiga kereta peronda polis secara berasingan menyebabkan mereka bertakbir kepada polis.

Sebelum itu, ramai pemimpin Pakatan, BERSIH mengunjungi Baharudin di surau berdekatan rumahnya di rumahnya di No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Keramat di ibu negara seawal jam 9 pagi.Ramai pemimpin kanan Pakatan yang hadir menziarahi Baharudin antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Azmin Ali (timbalan presiden PKR), dua naib presiden PAS Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar serta pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga.

Sewaktu jenazah dimandikan dan dikafankan, mereka memenuhi Surau Al-Muqarrabin mengadakan majlis bacaan tahlil untuk arwah.Majlis tersebut dipimpin ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrol Amin Baharon di surau yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah Baharudin.

Kelihatan rata-rata pemimpin yang ditemui sedih dan ada di kalangan mereka sebak dengan kematian Baharudin.Yang paling jelas, Ambiga dan Nurul Izzah yang tidak mampu menahan air mata sewaktu memeluk isteri Baharudin, Rusni Melan yang merupakan ketua Wanita PKR Cabang Setiawangsa.

"(Kejadian ini) tidak sepatutnya berlaku... Dia (Baharudin) adalah seorang hero," katanya ringkas.

Ambiga tidak mampu berkata-kata apa-apa dan menangis kerana tidak dapat menyembunyikan kesedihannya."BERSIH berasa kecewa kerana keadaan ini (kematian) berlaku. Ini menunjukkan polis tidak menghormati rakyat.


"Rakyat ada hak untuk berada di sana," kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dalam keadaan sebak dan tidak mampu meneruskan kata-katanya.

Bahkan terdapat juga pemimpin yang bercakap-cakap tentang kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan itu.Ditemui pemberita selepas pengebumian itu, naib ketua wanita PKR, Gan Pei Nie berkata beliau kesal dengan tindakan polis yang didakwanya menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital.

Dakwanya, sewaktu kejadian itu berlaku, beliau berada di dalam hospital dan nampak insiden itu terjadi.Sehubungan itu, Gan yang juga ADUN Rawang meminta mereka yang mempunyai gambar insiden itu supaya menghantar kepada jawatankuasa pemandu BERSIH atau Pakatan Rakyat untuk membolehkan tindakan undang-undang diambil.

Sementara itu, Mahfuz berkata beliau dan Salahudin Ayub akan membuat laporan polis berhubung penangkapan mereka semalamKatanya laporan itu bertujuan untuk membolehkan peguam memulakan membuat semakan prosedur undang-undang bagi menuntut gantirugi

sumber