Muhammad Aidil Bin Zulkifli

Rakaman Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pada 3 Januari 2013

Kenangan Forum Bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus

Jom! Bersama Kami membentuk generasi Al Quran

Upah Haji / Badal Haji

Pendaftaran untuk upah haji / badal haji 1434 dibuka sekarang. Insyallah sempurna "

BACALAH AL QURAN!

Bacalah Al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti Al Quran akan datang membawa syafaat kepada org yg membacanya ’.

Rasululah S.A.W bersabda!'

""Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pelapis Al Quran’.

Kenangan di Karnival

Mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah ’.

Pendaftaran Upah Haji 1434 dibuka sekarang

“Sudahkah ibu bapa anda yang meninggal dunia menunaikan haji?.”"

Sabda Rasulullah S.A.W

““Tiap - tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As .”.” "

Ahmad Fahmi Abdul Rahman!

““Tempat Ketiga Program Hafazan Al Quran Peringkat Remaja Bawah 15 Tahun - 26 Mei 2012 di muzium Kesenian Islam.”.” "

Ustaz Don Daniyal Biyajid!

““Pelancaran Dana Penambahan Bangunan Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 16 Ogos 2012.”.” "

JOM! INFAQ DAN WAKAF!

““Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam.”.” "

Perspektif Cadangan Bangunan Asrama Tahfiz

““Jom! Wakaf harta untuk pembinaan Bangunan Baru Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hubungi 013 2791608 .”.” "

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bersama Ustaz Zamri

Jom! Bersama kami membentuk Generasi Al Quran

Muhammad Zulhusni Bin Othman

Naib Juara Pertandingan Hafazan Al Quran Peringkat Daerah Gombak 19 dan 20 Jan 2013 di Masjid Al Ansar AU2- Kategori 1-20 Juzuk

Sabtu, 23 Julai 2011

Persiapan Terakhir sebelum berangkat



 barbeque - aktiviti santai percutian anak - anak tahfiz

SK baru saja selesai bermesyuarat bersama anak - anak Tahfiz sebentar tadi. Membuat persiapan terakhir sebelum berangkat ke destinasi percutian awal pagi esok. Esok jam 9.00 pagi selepas sarapan anak - anak tahfiz seramai 18 orang akan bergerak konvoi 5 buah kereta menuju destinasi percutian.

Dari riak air muka masing - masing jelas nampak kegirangan. Malam ini masing - masing mula berperanan dengan tugas yang telah diamanahkan. Mesej percutian ini jelas, untuk melahirkan anak - anak tahfiz yang berdikari, bertanggungjawab, semangat berpasukan dan amanah.

Insyaallah SK akan update gambar - gambar percutian jika ada kemudahan internet. Ke mana destinasi percutian ini???? Tunggu jawapannya..:)



Jumaat, 22 Julai 2011

Anak - anak tahfiz di bawa bercuti Ahad ini.



Selepas mengharungi cabaran hafazan Al Quran sejak 6 bulan lalu , anak - anak Tahfiz Ad Diniyyah  akan dibawa bercuti pada Ahad ini. Program sehari bercuti di tepi pantai ini diharap dapat memperbaharui semangat anak - anak tahfiz  untuk terus berjuang menjadi seorang Hafiz.

Program ini juga diharap dapat mengeratkan hubungan silaturrahim AJK Pusat Tahfiz dengan anak - anak tahfiz Ad Diniyyah. Terima kasih kepada hamba Allah yang menaja sebahagian kos program ini.  

Jumpa SK di tepi pantai nanti sambil pekena BBQ.:)

Tanah jerlus bawah katil nenek



GUATEMALA CITY: Ini sesuatu yuang anda tidak mahu dengar: “Bunyi kuat datang dari rumah anda!” Itu yang dipelajari Inocenta Hernades dari Guatemala City selepas satu letupan kuat menyebabkan dia meluru ke luar rumahnya dengan menyangka satu letupan berlaku berhampiran.

Apabila menyedari masalah itu datang dari dalam rumahnya, dia kembali dan mendapati sebuah lubang besar, semeter lebar, 19 meter dalam di bawah katilnya.
Inocenta, 65, bagaimanapun lega kerana cucunya yang bermain berhampiran katil itu selamat.

Meskipun kejadian itu berlaku di dalam rumahnya, ia bagaimanapun tidak mengejutkannya kerana tanah jerlus sering berlaku di Guatemala City, berpunca daripada hujan lebat tropika. - Agensi

Rabu, 20 Julai 2011

Telefon hologram menuju realiti? Lihat video ini


TELEFON hologram akan memancarkan imej video 3D untuk membolehkan anda melakukan sidang video.
 
PERNAH menonton siri televisyen Star Strek? Jika ya, anda mungkin pernah melihat adegan bagaimana krew kapal angkasa tersebut boleh berkomunikasi dengan rakan melalui alat yang membolehkan mereka seakan - akan berada di tempat yang sama. Teknologi yang dikenali sebagai hologram itu akan memudahkan anda berbual mesra kerana imej video rakan anda akan dipancarkan melalui telefon bimbit anda melalui projektor.

Teknologi ini semakin menghampiri realiti memandangkan kini anda telah boleh melakukan persidangan video di telefon bimbit 3G dan teknologi tiga dimensi (3D) juga semakin maju sehingga begitu banyak digunakan di televisyen rumah. Sehubungan itu, di masa depan, teknologi skrin boleh dianggap lapuk kerana kebanyakan alat komunikasi akan mempunyai kemampuan memancarkan imej video bergerak berbentuk hologram.

Seorang pereka bentuk, Mac Funamizu misalnya telah mereka reka bentuk konsep Telefon Bimbit Hologram Trou yang menggunakan hologram 3D yang boleh dipancarkan ke kawasan yang kosong.
Projektor kecil yang terdapat pada telefon itu akan memancarkan imej video maya apabila anda menerima panggilan telefon seperti melakukan persidangan video melalui telefon 3G. Rekaan Funamizu ini juga sangat fleksibel kerana telefon itu boleh diletakkan di pergelangan tangan seperti jam tangan dan panggilan boleh dibuat atau diterima tanpa perlu anda membukanya.

Funamizu juga telah mencipta telefon boleh dipakai Dew yang akan memaparkan teks dalam bentuk 3D. Telefon itu boleh memaparkan maklumat teks digital seperti waktu, SMS, e-mel dan sebagainya yang dipancarkan daripada telefon dalam bentuk 3D di atas telefon walaupun telefon anda itu tidak mempunyai skrin biasa.

Pengguna yang menggunakan Dew di pergelangan tangan boleh menyimpan segala maklumat mereka dengan mudah untuk digunakan apabila diperlukan seperti SMS, e-mel, nota dan sebagainya. Sebuah lagi telefon konsep menggunakan teknologi hologram ialah Cobalto yang menunjukkan ciri-ciri futuristik kerana mempunyai paparan imej 3D secara nyata di hadapan anda.Seperti anda melihat filem 3D, imej di telefon bimbit ini boleh dilihat dari pelbagai sudut yang mana seolah-olah anda di kawasan tersebut.

Sekali lagi pereka untuk telefon hologram ini ialah Funamizu yang yakin prototaip telefon ini boleh dibangunkan dalam masa beberapa tahun sahaja lagi kerana perkembangan teknologi 3D yang semakin canggih masa kini. Selain itu, sebuah telefon konsep hologram dikenali sebagai Black Hole juga telah direka untuk menjadi salah satu produk keluaran Apple menjelang 2020.

Telefon itu mempunyai bola tetikus di tengah-tengahnya yang membolehkan pengguna mengawal fungsi telefon dan aplikasi dengan hanya menyentuh bayangan di udara.Telefon kecil itu boleh diletakkan di atas tapak tangan anda atau di atas meja untuk membolehkan ia memancarkan butang-butang aplikasi di udara.

Kejayaan syarikat dari India, Infosys mendaftarkan paten untuk pemancaran 3D resolusi tinggi bagi filem, barangan dan imej melalui peranti bergerak baru-baru ini membuktikan teknologi hologram dan 3D maya sememangnya hampir. Penganalisis teknologi meramalkan, sebanyak lapan juta unit skrin 3D akan dipasarkan tahun ini terutama yang digunakan di televisyen, panggung wayang dan sebagainya.

lihat video - bagaimana hologram berfungsi. Teknologi yang menuju realiti?




SK: Masih banyak rahsia ilmu Allah yang manusia masih belum mampu bongkar.

Virus baru serang facebook - Hati - hati yer!

Kami yakin ramai pengunjung Blog Sensasi mempunyai akaun facebook.Mungkin ramai juga dah tahu mengenai virus atau mungkin hacker sedang beroperasi menggodam akaun facebook sesiapa saja yang menjadi mangsanya. Penggodam ini menggunakan cara yang amat mudah dan tanpa disedari pemilik facebook akan terkena virus tersebut.

Ikuti apa yang dilakukan oleh penggodam kepada akaun facebook anda.

PENERANGAN

1. virus tersebut tersebar melalui chat box/IM anda dimana dia bermula dengan
chat kepada anda melalui chat box milik rakan yang menjadi member anda....jadi anda rasakan umpama rakan anda yang menegur anda.

"hi. how are you?"

2. kemudian korang reply pd chat tersebut , dia akan hantar

"Wanna laugh? :)"

3. selepas korang reply , dia akan menghantar kan

"It is you on the video ?)) want to see?)"

4. then lepas tu , dia akan hantar
satu LINK ..... link tu laa VIRUS ^_^(biasanya hanya link bernombor sahaja yang dihantar kepada anda.

Kami mohon agar anda jangan klik link tersebut.Sekiranya anda klik link tersebut kemudian selepas anda log out akaun facebook anda tidak akan dapat login kembali akaun facebook anda.

Moga memberi menafaat kepada anda semua.Terimakasih

info

Selasa, 19 Julai 2011

Video - Ribut pasir melanda Phoenix kali ke kedua



Tidak sampai 2 minggu selepas dilanda ribut pasir, Phoenix sekali lagi dilanda ribut yang sama untuk kali yang kedua semalam. Kepulan debu besar melanda Phoniex menyebabkan langit bertukar kepada coklat sehingga menyebabkan merbahaya kepada pemanduan dan beberapa penerbangan terpaksa ditangguhakn

Ribut debu ini dikenali Haboob dalam bahasa arab melanda sekitar Arizona terbentuk di Daerah Pinal dan menuju ke arah timur laut Phoniex



Untuk memudahkan urusan menyumbang di bulan Ramadhan

Kedatangan Ramadhan kian terasa. Lebih kurang dua minggu lagi umat Islam akan menyambut Ramadhan. Bulan beribadah, pesta amal kebajikan, pahala digandakan, bulan penuh rahmat, bulan yang dirindu. Rebutlah peluang beribadah.

Untuk makluman semua, Ad Diniyyah mempunyai 2 akaun yang berasingan. Satu akaun Surau dan satu lagi adalah akaun Pusat Tahfiz. Untuk memudahkan urusan sumbangan SK paparkan sekali lagi nama akaun dan nombor akaun

AKAUN SURAU

Nama akaun surau : SURAU AD-DINIYYAH
Nombor akaun : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD 14069010001875.

AKAUN PUSAT TAHFIZ

Nama akaun Pusat Tahfiz : PUSAT TAHFIZ AD DINIYYAH
Nombor akaun : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) 14069010024005

Sila hubungi 0132791608 untuk pertanyaan berkenaan sumbangan Ramadhan. Resit Rasmi akan dikeluarkan untuk setiap sumbangan

Awas penggemar sosej. Sosej babi halal???



KUALA LUMPUR: “Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”

Itu kata seorang wanita dikenali sebagai Aira, 30-an dalam aduannya kepada Harian Metro semalam, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya, di sini.

Semakan Harian Metro mengenai perkataan ‘chorizo’ di Wikipedia mendapati ia merujuk kepada beberapa jenis sosej berasaskan khinzir dan digunakan meluas di Eropah.

Aira berkata, selepas mengesan sosej ‘chorizo’ itu dia cuba menyemak bahan kandungannya bagi memastikan ia benar-benar diperbuat daripada daging babi, tetapi maklumat itu tidak tertera pada bungkusannya.“Yang pasti, warna sosej itu nampak lebih terang berbanding sosej daging lembu yang kelihatan kemerahan,” katanya

SK: Masih banyak makanan yang Allah halalkan. Kalau tak makan sosej pun , insyaallah tak mati. Perkataan sosej ni pun sebenarnya dah meremangkan tekak..

Isnin, 18 Julai 2011

Al Fatihah - YB. Dr Lo'lo' kembali ke rahmatullah


SK merakamkan ucapan takziah kepada seluruh kaum keluarga allahyarham. Satu kehilangan yang amat besar kepada ummat Islam. Semoga keluarga beliau diberi kesabaran dan ketabahan di saat ini.

Semoga Allah menempatkan allahyarham bersama para solihin.

Ahad, 17 Julai 2011

Dr. Lo'Lo meninggal dunia




Al Fatihah....

Dr. Lo'Lo telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi sekitar jam 10.00 pm di Hospital Selayang.
Pengembumian dijangka akan disempurnakan esok pagi. Maklumat akan diberitahu kemudian.

Blog DR LO'LO': Kenyataan keluarga YB Dr Lo'lo' Hj Mohd Ghazali

Blog DR LO'LO': Kenyataan keluarga YB Dr Lo'lo' Hj Mohd Ghazali

Kami pihak keluarga Dr Lo’lo’ mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat serta mendoakan kesihatan beliau. Untuk makluman, Dr Lo’lo’ sedang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser dan sebarang lawatan adalah tidak digalakkan buat masa ini. Kami mengharapkan doa daripada semua agar beliau diberikan kekuatan dan ketenangan serta mendapat keredhaan Allah s.w.t.