Muhammad Aidil Bin Zulkifli

Rakaman Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pada 3 Januari 2013

Kenangan Forum Bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus

Jom! Bersama Kami membentuk generasi Al Quran

Upah Haji / Badal Haji

Pendaftaran untuk upah haji / badal haji 1434 dibuka sekarang. Insyallah sempurna "

BACALAH AL QURAN!

Bacalah Al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti Al Quran akan datang membawa syafaat kepada org yg membacanya ’.

Rasululah S.A.W bersabda!'

""Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pelapis Al Quran’.

Kenangan di Karnival

Mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah ’.

Pendaftaran Upah Haji 1434 dibuka sekarang

“Sudahkah ibu bapa anda yang meninggal dunia menunaikan haji?.”"

Sabda Rasulullah S.A.W

““Tiap - tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As .”.” "

Ahmad Fahmi Abdul Rahman!

““Tempat Ketiga Program Hafazan Al Quran Peringkat Remaja Bawah 15 Tahun - 26 Mei 2012 di muzium Kesenian Islam.”.” "

Ustaz Don Daniyal Biyajid!

““Pelancaran Dana Penambahan Bangunan Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 16 Ogos 2012.”.” "

JOM! INFAQ DAN WAKAF!

““Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam.”.” "

Perspektif Cadangan Bangunan Asrama Tahfiz

““Jom! Wakaf harta untuk pembinaan Bangunan Baru Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hubungi 013 2791608 .”.” "

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bersama Ustaz Zamri

Jom! Bersama kami membentuk Generasi Al Quran

Muhammad Zulhusni Bin Othman

Naib Juara Pertandingan Hafazan Al Quran Peringkat Daerah Gombak 19 dan 20 Jan 2013 di Masjid Al Ansar AU2- Kategori 1-20 Juzuk

Jumaat, 2 Disember 2011

Video Pekan Kajang dilanda banjir terburuk




Hujan lebat selepas solat Jumaat tadi telah menaikan paras air sungai serta telah menyebabkan banjir di sesetengah kawasan. Kajang dilaporkan banjir di sekitar Metro Kajang berdekatan dengan Sate Kajang Samuri.

Puluhan premis perniagaan dan kediaman turut dimasuki air banjir selepas paras air di Sungai Kajang melepasi paras bahaya dan melimpah ke kawasan sekitarnya. Berpuluh kenderaan turut tersadai dan ada yang ditenggelami air. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Air banjir sudah beransur surut selepas hujan reda sekitar jam 5 petang

sumber 



lihat video selepas banjir di sini

Video - Wanita Berusia 30 Tahun Umpama Bayi 9 Bulan



Siapa sangka ‘kanak-kanak’ ini sebenarnya telah berusia 30 tahun. Maria Audete do Nascimento berasal dari Brazil dilahirkan pada 7 Mei 1981. Wanita ini dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin di Ceara, Brazil.

Wanita berusia 30 tahun ini dijaga oleh ayah dan ibu tirinya, selepas ibu kandungnya meninggal dunia ketika Maria berusia 17 tahun. Seperti mana bayi yang berusia 9 bulan, begitulah sifat yang dialami oleh Maria.

Dia tidak mampu untuk melakukan perkara seperti manusia normal yang berusia 30 tahun malah dia juga tidak mampu bertutur.Atas sebab kemiskinan, keluarga Maria tidak mampu untuk memberikan rawatan yang sewajarnya ketika beliau masih kecil dan ketika ini semuanya seakan sudah terlambat untuk diubati.
Kemiskinan bukan bermakna tiada kasih sayang. Maria tetap dijaga oleh ayah dan ibu tirinya dengan baik. Bagi mereka Maria adalah kurniaan tuhan dan amanah tuhan kepada mereka.Pakar di Fakulti Perubatan di Universiti Caera menyatakan yang punca perkara ini terjadi disebabkan Maria mengalami masalah kekurangan hormon tiroid yang teruk menyebabkan tumbersaranya terbantut.

Menurut pakar, masalah ini sebenarnya dapat diatasi dan Maria mampu untuk membesar secara normal jika dirujuk kepada pakar ketika dia masih kecil.Namun segalanya sudah terlambat dan Maria tidak mampu membesar sehingga ke hari ini walaupun sudah berusia 30 tahun.











 

Rabu, 30 November 2011

Jadual Kuliah Bulan Disember 2011 - download sini



Semua kuliah / ceramah / program di bawah diadakan di

Tempat :

Surau dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah, No 62 Jalan 2A/5, Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Jalan Sg Tua, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Terbuka untuk semua tiada bayaran dikenakan, semua dijemput hadir dan hebahkan.

Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yang melalui jalan - jalan (berusaha) untuk mencari ilmu, nescaya Allah permudahkan jalannya ke syurga"

Insyaallah, jadual ini akan di update dari masa ke semasa. Ada beberapa orang ustaz yang belum dapat disahkan kehadirannya. Rajin - rajinlah melayari blog ini.

01.12.11 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah - (Kitab Bimbingan Mukminin)
01.12.11 - Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah selepas Isyak
03.12.11 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
03.12.11 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
03.12.11 - Sabtu - Ustaz Muda Bin Abdullah ( Hadith 40) (DOWNLOAD)
04.12.11 - Ahad 9.00 Pagi - Ustaz Mustafa Desa (PENGAJIAN ALA PONDOK)
07.12.11 - Rabu - Ustaz Zaki Madzar Atham (Kitab Matla'ul Badrain)
08.12.11 - Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
10.12.11 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
10.12.11 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
11.12.11 - Ahad 9.00 Pagi - Ustaz Mustafa Desa (PENGAJIAN ALA PONDOK)
11.12.11 - Ahad 2.00 Ptg.- Ustaz Zaki Madzar Atham Hidayah As Sibyan (PENGAJIAN ALA PONDOK)
12.12.11 - Isnin - Ustaz Khairul Anuar (Tafsir Al Baqarah) (Maaf ! Tidak dapat hadir)
13.12.11 - Selasa - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (Sirah Nabawiyah Durus Wa I'bar)
14.12.11 - Rabu - Ustaz Ahmad Awang - Tafsir ayat Pilihan
15.12.11 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah (Kitab Bimbingan Mukminin)
15.12.11 - Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah selepas solat Isyak
17.12.11 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
17.12.11 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
17.12.11 - Sabtu - Ustaz Nurul Khalil - Kitab Riyadus Solihin (Maaf ! Tidak dapat hadir)
18.12.11 - Ahad- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
19.12.11 - Ahad 9.00 Pagi - Ustaz Mustafa Desa (PENGAJIAN ALA PONDOK)
18.12.11 - Ahad - Ustaz Zaki Madzar Atham - Hidayatus Sibyan (Selepas Solat Zohor)
21.12.11 - Rabu- Ustaz Sidek Noor- Kitab Minhajul Abidin (HADIR Insyallah)
22.12.11 - Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah selepas solat Isyak
23.12.11 - Ustaz Sobri Mat - (Pendidikan anak - anak Dalam Islam)
24.12.11 - Sabtu Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
24.12.11 - Sabtu 8.30 Pagi - Ustaz Mustafa Desa (PENGAJIAN ALA PONDOK)
24.12.11 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
25.12.11- Ahad- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
25.12.11 - Ahad 9.00 pagi - Ustaz Mustafa Desa (PENGAJIAN ALA PONDOK)
25.12.11 - Ahad - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (Sirah Nabawiyyah Durus Wa I'bar)
26.12.11 - Isnin - Ustaz Nazmi Abdul Karim (BELUM CONFIRM)
27.12.11 - Selasa - Ustaz Dr. Mahmud Kuliah Tafsir
29.12.11 - Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah selepas solat Isyak



Klik sini untuk download jadual bulan disember 2011

Guru Hafiz diperlukan. Gaji RM1,800.00



Kelayakan yang diperlukan
  • Hafiz Al Quran 30 Juzuk dengan Syahadah.
  • Bacaan Baik Bertajwid
  • Layak menjadi Imam Solat
  • Mempunyai lesen memandu kereta / motor
  • Tidak merokok / berakhlak baik
  • Mempunyai asas komputer

Kemudahan

  • Makan minum disediakan
  • Tempat Tinggal disediakan
  • Tempat belajar selesa
  • Gaji RM1,800.00
Temuduga terbuka.

Berminat Hubungi
013-2791608

Selasa, 29 November 2011

Video saat jambatan Kartanegara runtuh di Kalimantan




Sebuah jambatan yang sibuk merentasi Sungai Mahakam di Kalimantan Timur runtuh menyebabkan empat orang maut dan 19 lagi cedera. Sebuah bas awam, beberapa buah kereta dan motosikal jatuh ke dalam sungai tersebut yang terletak di daerah Kutai Kartanegara selepas struktur sepanjang 720 meter - menggunakan bahan binaan terpakai dari Jambatan Emas San Francisco runtuh.

Jambatan Kertanegara sebelum runtuh

Saluran Berita TV, Metro TV melaporkan Ahad bahawa sejumlah 39 orang berjaya diselamatkan namun masih terdapat percanggahan tentang bilangan sebenar mangsa yang hilang. Ini kerana ada pihak keluarga melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 24 orang masih hilang dalam kejadian itu, kata laporan itu.

Wajib Dengar!! Kuliah Saudara Mohd Syafiq Dendi Abdullah - Aktivis Kristian memeluk agama Islam


Saudara Mohamad Syafiq Dendi Abdullah - Bekas Aktivis Kristian

Mohamad Syafiq Dendi Abdullah bekas aktivis Kristian yang baru memeluk Islam pada bulan Februari 2011 yang lalu. Menganut agama Kristian sejak lahir. Membesar dalam keluarga yang berpegang kuat pada ajaran Kristian. Kini berumur 20 tahun dan pernah mendapat pendidikan dalam bidang Dakwah Kristian di  Israel. Bapanya seorang pemimpin tinggi sebuah gereja di Kuala Lumpur.

Beliau adalah seorang aktivis kristian yang bersemangat tinggi dan pernah mengkristiankan 80 orang asli Pahang. Alhamdulillah Kini beliau diberi hidayah oleh Allah SWT. Ikuti rakaman ceramah beliau di Surau Ad Diniyyah malam tadi. Dengar dan hayati semangat kental anak muda ini. Semoga kita menjadi orang Islam yang lebih bersyukur!!

Wajib dengar!!


anda juga boleh download ceramah ini di sini


Ahad, 27 November 2011

Subhanallah!! Awan turun ke bumi?? Boleh ke awan turun camni??




Rakaman ini dibuat di sebuah negara arab. Apa komen anda?



Download Kuliah Ust. Sidek Noor


Rakaman MP3 kuliah Ustaz Sidek Noor pada 19 Oktober 2011 di surau Ad Diniyyah.

Klik sini untuk download kuliah Ustaz Sidek Noor

Download rakaman ceramah Ust. Idham Lim

Blogger cinaislam - Ust. Idham Lim

Terimakasih kepada Ir. Haji Mohamad Amin yang telah merakam kuliah Ust. Idham Lim di Surau Ad Diniyah pada 16 Oktober yang lalu. SK muatnaikkan ceramah tersebut untuk dikongsi dengar bersama.

Anda juga boleh download kuliah Ustaz Idham Lim di sini

Download Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Kinrara


Rakaman kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Kinrara pada 26 November 2011. Kredit untuk arrawa kuliahnusantara

anda juga boleh download kuliah di sini

Tuan Guru Dato' Ismail Kamus Tokoh Maal Hijrah 1433 Selangor



SHAH ALAM, 26 Nov (Bernama) -- Penceramah dan pendakwah agama bebas Datuk Ismail Kamus dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1433H Negeri Selangor sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Beliau menerima wang tunai RM20,000 daripada kerajaan negeri dan Lembaga Zakat Selangor (LZS), sijil penghargaan, pingat Maal Hijrah, sepersalinan pakaian dan pakej mengerjakan umrah yang disampaikan Tengku Sulaiman Shah, wakil kekandanya, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketika ditemui pemberita, Ismail berkata beliau bersyukur dan gembira kerana sumbangannya dalam menegakkan syiar Islam dihargai kerajaan negeri.

Tokoh Saudara Kita pula disandang pemilik restoran makanan Cina Muslim Muhammad Chan Abdullah, 58, manakala pesara guru agama Said Husin, 80 yang mempunyai 19 anak, dianugerahkan Tokoh Keluarga Mithali dan Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia Jamaludin Elias, 48, menerima anugerah Tokoh Aktivis Masyarakat.

Mereka masing-masing menerima wang tunai RM10,000 sumbangan kerajaan negeri dan LZS, sijil penghargaan, pingat Maal Hijrah, sepersalinan pakaian serta pakej mengerjakan umrah.

-- BERNAMA