Muhammad Aidil Bin Zulkifli

Rakaman Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pada 3 Januari 2013

Kenangan Forum Bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus

Jom! Bersama Kami membentuk generasi Al Quran

Upah Haji / Badal Haji

Pendaftaran untuk upah haji / badal haji 1434 dibuka sekarang. Insyallah sempurna "

BACALAH AL QURAN!

Bacalah Al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti Al Quran akan datang membawa syafaat kepada org yg membacanya ’.

Rasululah S.A.W bersabda!'

""Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pelapis Al Quran’.

Kenangan di Karnival

Mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah ’.

Pendaftaran Upah Haji 1434 dibuka sekarang

“Sudahkah ibu bapa anda yang meninggal dunia menunaikan haji?.”"

Sabda Rasulullah S.A.W

““Tiap - tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As .”.” "

Ahmad Fahmi Abdul Rahman!

““Tempat Ketiga Program Hafazan Al Quran Peringkat Remaja Bawah 15 Tahun - 26 Mei 2012 di muzium Kesenian Islam.”.” "

Ustaz Don Daniyal Biyajid!

““Pelancaran Dana Penambahan Bangunan Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 16 Ogos 2012.”.” "

JOM! INFAQ DAN WAKAF!

““Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam.”.” "

Perspektif Cadangan Bangunan Asrama Tahfiz

““Jom! Wakaf harta untuk pembinaan Bangunan Baru Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hubungi 013 2791608 .”.” "

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bersama Ustaz Zamri

Jom! Bersama kami membentuk Generasi Al Quran

Muhammad Zulhusni Bin Othman

Naib Juara Pertandingan Hafazan Al Quran Peringkat Daerah Gombak 19 dan 20 Jan 2013 di Masjid Al Ansar AU2- Kategori 1-20 Juzuk

Jumaat, 20 Januari 2012

Al Baghdadi Teknik Mudah belajar Al Quran - ALC Batu Caves mencuri tumpuan!!


ALC BATU CAVES - 18 Jan 2012

Ustaz Faid & Ustaz Zul Helmi - Guru Tahfiz Ad Diniyyah turut hadir
18 Jan 2012 Rabu - ALC Batu Caves telah mengadakan sesi penerangan berkenaan Teknik Al-Baghdadi. Alhamdulillah, sambutan yang diterima oleh penduduk sekitar amatlah menggalakkan. Di sini, kita dapat lihat bahawa ramai di kalangan kita yang dahagakan ilmu & ingin mempelajari cara membaca Al-Quran dengan tepat dan betul. Tahniah diucapkan kepada yang hadir kerana telah dipilih oleh Allah untuk mendalami Ilmu Al-Quran.

Kelas Al-Baghdadi Dewasa akan bermula pada:

Bulan: Februari
Hari: Rabu
Waktu: 8:30 - 10:30 malam

Pendaftaran masih dibuka dan kepada sesiapa yang berminat, bolehlah mendaftar secepat mungkin sebelum penuh.

Khamis, 19 Januari 2012

Teknik Al Baghdadi di TV3

Selasa, 17 Januari 2012

Jangan terlewat lagi!! Tunggu apa lagi??


11 Januari 2012 - Penuh sesak!!

18 Januari 2011 - pun sudah penuh. !!

InsyaAllah, malam esok, satu lagi sesi penerangan percuma Teknik Al-Baghdadi akan diadakan di Al-Baghdadi Learning Center (ALC) Batu Caves. kami memohon maaf! kepada yang berminat untuk menghadiri sesi penerangan percuma ini kerana had penerimaan adalah 30 orang sahaja.

Oleh kerana permintaan yang amat memberansangkan, satu lagi sesi akan diadakan pada Minggu Depan:


Hari: Rabu
Tarikh: 25 Januari 2012
Waktu: 8:30 - 10:00 Malam
Tempat adalah terhad!
Hubungi: 013 - 279 1608 , 013 - 351 0860




Download Soal Jawab Bersama Ustaz Azhar Idrus



Rakaman Kemusykilan Agama Surau Al-Iman PJ pada 16 Januari 2012
Kredit untuk Salman Al Farisi / Arrawa

Download sini

Isnin, 16 Januari 2012

Hangat minggu ini!! Jemput datang!!

SEMUA DI JEMPUT HADIR KE KULIAH BERIKUT

Kuliah Maghrib Bersama Ustaz Sidek Noor
Tempat : Surau Ad Diniyyah
Tarikh : 18 Januari 2012
Hari : Rabu
Kitab : Minhajul Abidin


Kuliah Maghrib Bersama Ustaz Zulkifli Ahmad
Tempat : Surau Ad Diniyyah
Tarikh : 20 Januari 2012
Hari : Jumaat
Kitab Bahrul Mazi

Ahad, 15 Januari 2012

Titanic II - Kapal persiaran mewah terbalik di Itali


KAPAL persiaran Costa Concordia senget semalam selepas ia terlanggar kawasan batu karang dekat pulau Giglio, Itali.

ROM - Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban dan empat lagi hilang semalam selepas sebuah kapal persiaran tersadai dan terbalik terbalik dekat sebuah pulau di perairan selatan Itali.

Kapal persiaran Costa Concordia sedang dalam perjalanan di sekitar Laut Mediterranean apabila ia terlanggar terumbu karang dekat Pulau Isola del Giglio, 15 kilometer ke selatan tanah besar Itali sekitar pukul 10 malam (waktu Itali) kelmarin.

Kemalangan berlaku ketika para penumpang sedang makan malam.Menurut media tempatan, beberapa penumpang terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.

Pihak berkuasa tempatan menyatakan, sebahagian daripada 3,200 penumpang dan 1,023 kru kapal sepanjang 290 meter itu dipindahkan dengan menggunakan beberapa buah bot kecemasan, helikopter dan kapal lain yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

"Berlaku senario panik seperti dalam kapal Titanic. Kapal kami melanggar kawasan berbatu dekat Pulau Isola del Giglio. Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku. Kapten kapal ini tentunya sudah gila," kata seorang penumpang, Mara Parmegiani.

"Kami amat takut dan kesejukan kerana kemalangan berlaku semasa kami sedang makan malam. Kami tiada masa untuk membuat persediaan. Mereka (pasukan penyelamat) ada memberi selimut tetapi bilangannya tidak mencukupi," tambah Parmegiani.

Para penumpang yang dipindahkan dibawa ke pulau Giglio sebelum ditempatkan di beberapa buah sekolah, kediaman persendirian dan gereja untuk semalaman.

Agensi berita Itali, Ansa memetik beberapa petugas penyelamat sebagai memberitahu, sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala sejumlah lagi cedera tetapi punca kematian mereka tidak diketahui setakat ini. Menurut Ansa, seorang lelaki berusia 70-an maut akibat serangan jantung selepas terjun ke dalam laut.

Seorang pengawal pantai tempatan, Francesco Paolillo berkata, terdapat lubang sebesar 30 meter pada badan kapal berkenaan.Kapal Costa Concordia memiliki 58 bilik penginapan bertaraf suite lengkap dengan balkoni, 13 buah bar, lima jakuzi, lima restoran, dan empat kolam renang. - Agensi

 
 
 

Mesyuarat AJK Surau & Tahfiz pertama 2012


Mesyuarat tersebut akan diadakan pada

Tarikh : 20 Januari 2012
Hari : Jumaat
Masa : Selepas Solat Isyak
Tempat : Surau Ad Diniyyah

Semua AJK diminta hadir!