Muhammad Aidil Bin Zulkifli

Rakaman Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pada 3 Januari 2013

Kenangan Forum Bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus

Jom! Bersama Kami membentuk generasi Al Quran

Upah Haji / Badal Haji

Pendaftaran untuk upah haji / badal haji 1434 dibuka sekarang. Insyallah sempurna "

BACALAH AL QURAN!

Bacalah Al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti Al Quran akan datang membawa syafaat kepada org yg membacanya ’.

Rasululah S.A.W bersabda!'

""Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pelapis Al Quran’.

Kenangan di Karnival

Mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah ’.

Pendaftaran Upah Haji 1434 dibuka sekarang

“Sudahkah ibu bapa anda yang meninggal dunia menunaikan haji?.”"

Sabda Rasulullah S.A.W

““Tiap - tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As .”.” "

Ahmad Fahmi Abdul Rahman!

““Tempat Ketiga Program Hafazan Al Quran Peringkat Remaja Bawah 15 Tahun - 26 Mei 2012 di muzium Kesenian Islam.”.” "

Ustaz Don Daniyal Biyajid!

““Pelancaran Dana Penambahan Bangunan Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 16 Ogos 2012.”.” "

JOM! INFAQ DAN WAKAF!

““Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam.”.” "

Perspektif Cadangan Bangunan Asrama Tahfiz

““Jom! Wakaf harta untuk pembinaan Bangunan Baru Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hubungi 013 2791608 .”.” "

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bersama Ustaz Zamri

Jom! Bersama kami membentuk Generasi Al Quran

Muhammad Zulhusni Bin Othman

Naib Juara Pertandingan Hafazan Al Quran Peringkat Daerah Gombak 19 dan 20 Jan 2013 di Masjid Al Ansar AU2- Kategori 1-20 Juzuk

Sabtu, 18 Februari 2012

Ini baru Imam Muda!!



Anak ini berusia lima tahun. Dia boleh membaca Al Quran dengan baik. Video ini menunjukkan anak kecil ini mengimamkan solat jemaah. Mungkin bacaannya yang paling baik di kalangan jemaah yang ada.

Hukum berkenaan imam yang belum baligh

PANDANGAN PERTAMA tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam solat wajib dan sunat.


Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Masud maksudnya : "Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak sehingga dia baligh. Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna".

PANDANGAN KEDUA Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah:" Aku telah mengimamkan solat di zaman Rasulullah SAW sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh tahun". (Hadis Riwayat Bukhari)

Ini baru betul betul Imam Muda!!



Jumaat, 17 Februari 2012

Download Al Quran & Terjemahan - sambutan luar biasa


Multilevel Marketing yang paling bagus di dunia - Sebarkan Al Quran!!

SK mengucapkan tahniah dan terimakasih kepada semua yang telah memilih untuk download MP3 Al Quran Bacaan Syeik Mishary Alafasi beserta terjemahannya. Mengikut catatan sehingga hari ini sudah lebih 5000 pendengar telah mendownload MP3 Al Quran ini.
Mengkagumkan!! Tahniah. Kepada yang masih belum mendownload sila klik sini. Downlaad dan sebarkan lah ye!!


SK: Kepada semua facebooker facebooker ! Jom bagi sokongan kepada ALC Batu Caves. Jangan lupa Like klik sini http://alcbatucaves.blogspot.com/  

Rabu, 15 Februari 2012

Jangan lupa malam ini. Ustaz Sidek Noor!!


KULIAH BULANAN USTAZ SIDEK NOOR

Tempat : Surau Ad Diniyyah
Tarikh: 15 Februari 2012
Hari : Rabu (Setiap Rabu Minggu ke 3)
Kitab : Minhajul Abidin

SEMUA DIJEMPUT HADIR DAN SEBARKAN!!

Al Baghdadi di TV Hijrah



Jemput datang dan sebarkan!!

Create your own banner at mybannermaker.com!

Selasa, 14 Februari 2012

Fukushima selepas Tsunami . Kini Bandar Hantu!!


Laporan gegaran di Jepun sebentar tadi


Sebentar tadi Jepun digegar lagi dengan gerak gempa berskala 6.0. Gempa bumi bermagnitud 6.0 menggegarkan timur Jepun  (3.21 petang waktu tempatan) tetapi tiada amaran tsunami dan kerosakan dilaporkan di loji nuklear Fukushima.

Kajian Geologi Amerika Syarikat, berkata gempa bumi dicatatkan pada kedalaman 10 kilometer dikesan pada pusat gempa 166 kilometer dari timur laut Tokyo. 

Tahun lepas Jepun dilanda Tsunami yang membawa kepada bencana dan kerosakan teruk. Kerosakan teruk loji nuklear telah menyebabkan bandar Fukushima kini menjadi "Ghost Town"

Lihat video terkini rakaman suasana Fukushima yang kini boleh diibarat sebagai Bandar hantu. Tiada yang berani menetap di bandar ini kerana kadar radiasi masih sangat tinggi dan membahayakan nyawa.




Azhar Idrus - Valentine Day


KUALA LUMPUR, 13 Feb: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) menggesa seluruh umat Islam supaya mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam sidangnya kali ke-71 pada 22-24 November 2005 yang telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Setiausaha agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Katanya, berpandukan kepada keputusan ahli-ahli Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tersebut yang boleh diakses melalui laman web e-fatwa Jakim di alamat www.e-fatwa.gov.my, sewajibnya seluruh umat Islam akur serta memahami bahawa sambutan perayaan hari valentine adalah sesuatu amalan yang boleh merosakkan aqidah umat Islam.

“Aqidah adalah menjadi perkara teras dalam ajaran agama Islam yang mesti dipelihara oleh setiap umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, adalah menjadi keperluan mendesak kepada seluruh umat Islam untuk memahami isu itu bahawa sambutan perayaan hari valentine adalah sesuatu aktiviti yang dilarang dalam Islam kerana mempunyai susur galur sejarah yang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Elemen itu, jelasnya adalah elemen utama yang menjadi alasan keharaman sambutan perayaan valentine bagi seluruh umat Islam.

Dasar itu, katanya adalah selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Kaafirun, ayat 1-6 yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang Aku sembah. Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

“PUM juga menyokong inisiatif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang telah melancarkan kempen Awas! Jerat Valentine’s bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta pihak NGO, Raudhah Sakinah,” ujarnya lagi.

Pada hemat PUM, kata beliau pendekatan seumpama itu mesti dikembangkan ke seluruh pelosok tanah air supaya dapat membantu membina kefahaman umat Islam khususnya di kalangan orang muda dalam menangani isu tersebut secara objektif.

Dalam pada masa yang sama, kata beliau PUM juga mengesyorkan kepada pihak berwajib seperti Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pihak-pihak berkepentingan lain melakukan pemantauan berterusan kepada siaran media cetak dan elektronik supaya tidak menyiarkan apa jua kempen, iklan, drama, filem dan artikel yang boleh menggalakkan umat Islam menyertai sambutan hari valentine tersebut.

PUM juga, tambahnya ingin menasihatkan masyarakat bukan Islam supaya memahami isu itu secara objektif serta menghormati prinsip agama Islam yang wajib dipatuhi oleh seluruh umat Islam.

“Dasar hukum ini adalah hanya mengikat dan terhad kepada seluruh umat Islam sahaja,” jelasnya.

Isnin, 13 Februari 2012

Rasulullah! Kalaulah Engkau bersama kami......


Salam Maulidur Rasul!

Ahad, 12 Februari 2012

Awan membentuk tulisan Muhammad di Karachi!!



Kita masih di bulan Rabiul Awwal. Bulan kelahiran Rasulullah S.A.W. Berikut adalah video yang pernah tersebar sekitar tahun 2009 yang lalu. Seorang ulama, Dr Tahir Al Qadri sedang menyampaikan ceramah sempena Maulidur Rasul di bandar Karachi. Ketika ulama tersebut sedang mengeja nama nabi Muhammad SAW, takdir Allah kelihatan di langit gumpulan awan membentuk tulisan "Muhammad".  

Samaada video ini benar atau tidak, bukanlah menjadi isu. Yang penting sebagai orang islam kita tetap wajib beriman dengan Allah dan RasulNYA.

Perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan besar Muhammad SAW di bulan mulia ini.


Dr Tahir Al Qadri
Wallahu a'lam.