Muhammad Aidil Bin Zulkifli

Rakaman Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pada 3 Januari 2013

Kenangan Forum Bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus

Jom! Bersama Kami membentuk generasi Al Quran

Upah Haji / Badal Haji

Pendaftaran untuk upah haji / badal haji 1434 dibuka sekarang. Insyallah sempurna "

BACALAH AL QURAN!

Bacalah Al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti Al Quran akan datang membawa syafaat kepada org yg membacanya ’.

Rasululah S.A.W bersabda!'

""Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pelapis Al Quran’.

Kenangan di Karnival

Mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah ’.

Pendaftaran Upah Haji 1434 dibuka sekarang

“Sudahkah ibu bapa anda yang meninggal dunia menunaikan haji?.”"

Sabda Rasulullah S.A.W

““Tiap - tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As .”.” "

Ahmad Fahmi Abdul Rahman!

““Tempat Ketiga Program Hafazan Al Quran Peringkat Remaja Bawah 15 Tahun - 26 Mei 2012 di muzium Kesenian Islam.”.” "

Ustaz Don Daniyal Biyajid!

““Pelancaran Dana Penambahan Bangunan Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 16 Ogos 2012.”.” "

JOM! INFAQ DAN WAKAF!

““Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam.”.” "

Perspektif Cadangan Bangunan Asrama Tahfiz

““Jom! Wakaf harta untuk pembinaan Bangunan Baru Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hubungi 013 2791608 .”.” "

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bersama Ustaz Zamri

Jom! Bersama kami membentuk Generasi Al Quran

Muhammad Zulhusni Bin Othman

Naib Juara Pertandingan Hafazan Al Quran Peringkat Daerah Gombak 19 dan 20 Jan 2013 di Masjid Al Ansar AU2- Kategori 1-20 Juzuk

Sabtu, 16 Jun 2012

110 hafiz dari 70 Buah Negara berhimpun di Kaherah

Nabiollah Saidov Al Hafiz dari Tajikistan

110 orang hafiz dari 70 Buah Negara berhimpun di Kaherah untuk pertandingan Hafazan Al Quran. Saksikan video ini. Saksikan kesungguhan mereka, keazaman tinggi anak - anak ini untuk menghafaz Al Quran.

Sebahagian besar dari para hafiz ini bukan dari bangsa arab. Mereka datang dari segenap pelusuk dunia. Mereka mampu menghafaz Al Quran meskipun bahasa pertuturan mereka bukan bahsa Arab.



SK: Insyallah anak tahfiz Ad Diniyyah akan menyusul. Ad Diniyyah! Tahfiz kecil berjiwa besar.

Jumaat, 15 Jun 2012

Seruan untuk para Hafiz Al Quran!


Dari Ibnu Umar r.a.: bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda:

Perumpamaan orang yang menghafaz Al Quran adalah seperti pemilik unta yang terikat, jika ia terus menjaganya maka ia dapat terus memegangnya, dan jika ia lepaskan maka ia akan segera hilang.”

(Bukhari dan Muslim)

Panduan Sebelum MenghafalAl Quran


Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
Berada dalam keadaan tenang.
Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Jom Infaq rehal!

Jom! Wakaf Rehal.

Persiapan Ramadhan 1433 !

Jom infaq rehal untuk kegunaan Anak - anak Tahfiz dan Pentadarus  Al Quran sepanjang ramadhan yang bakal menjelang tiba. Rehal ini akan diwakafkan di surau dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah. Satu unit rehal berharga RM40.00 sahaja.

Berminat infaq hubungi 013-2791608

Memelihara kesucian Al Quran - Jom Infaq Rehal


Majlis Khatam Tadarus Al Quran Ramadhan tahun lepas. Beberapa unit rehal tambahan diperlukan menggantikan rehal yang rosak. Jom! beramal jariah. Infaq Rehal  

Perginya seorang Murabbi Gerakan Islam

Al fatihah untuk Allahyarham Datuk haji Yahya othman. Semoga rohnya ditempatkan bersama para Solihin.

Khamis, 14 Jun 2012

Mesyuarat Persiapan Ramadhan 1433 H


Ramadhan kian hampir! Bulan Pesta ibadah yang ditunggu - tunggu akan tiba. Satu mesyuarat persiapan menyambut Ramadhan peringkat Surau Ad Diniyyah akan diadakan pada tarikh berikut.

Tarikh : 24 Jun 2012
Hari : Ahad
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Surau Ad Diniyyah.

Semua dijemput hadir.

Rabu, 13 Jun 2012

Jom! Tengok Video Awan luar biasa di Sabah semalam!


Fenomena awan Arcus yang dirakam di Sabah semalam. Ia hanya kejadian alam normal tetapi jarang berlaku. Mahasuci Allah yang menjadikan alam ini.
Saksikan video yang dirakam ini. Tq Uploader!.

Penting! Tazkirah Aqidah dari Ustaz Azhar Idrus


Dengarkan pesanan Ustaz Azhar Idrus berkaitan soal Aqidah. Apakah dia Qadariah? Siapakah golongan Qadariah? Ikuti penjelasan dari Ustaz dalam video sepanjang lima minit ini


Ahad, 10 Jun 2012

Keagungan Tuhan - Lirik ketuhanan

Al fatihah untuk penyanyi lagu ketuhanan dari Indonesia ini yang meninggal pagi tadi.
Dari Nya kita datang kepada Nya kita dikembalikan.

Insaflah wahai manusia
Jika diri mu bernoda
Dunia hanya naungan
'tuk makhluk ciptaan tuhan

Dengan tiada terduga
Dunia ini kan binasa
Kita kembali ke asalnya
Menghadap Tuhan Yang Esa

( korus )
Dialah Pengasih dan Penyayang
Kepada semua insan
Janganlah ragu atau bimbang
Pada Keagungan Tuhan
Betapa Maha Besarnya
Pencipta alam semesta

Siapa selalu berbakti
Mengabdi pada Ilahi
Kan sentosa selamanya
Di dunia dan akhir masa

Cuti penggal berakhir - Pelajar Tahfiz memulakan penggal baru

Bersama kami menyemai benih ini! doakan benih ini terpelihara dan terus subur untuk diwarisi generasi akan datang.

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah akan memulakan sesi pengajian penggal baru bermula hari ini. Cuti sekolah yang bermula 26 Mei yang lalu berakhir hari ini 10 Jun 2012. Kembali dengan azam baru. Selamat berjuang menghafaz ayat - ayat Al Quran.