Muhammad Aidil Bin Zulkifli

Rakaman Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pada 3 Januari 2013

Kenangan Forum Bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus

Jom! Bersama Kami membentuk generasi Al Quran

Upah Haji / Badal Haji

Pendaftaran untuk upah haji / badal haji 1434 dibuka sekarang. Insyallah sempurna "

BACALAH AL QURAN!

Bacalah Al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti Al Quran akan datang membawa syafaat kepada org yg membacanya ’.

Rasululah S.A.W bersabda!'

""Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pelapis Al Quran’.

http://www.suraukini.com

maju selangkah ke hadapan ’.

Pendaftaran Upah Haji 1434 dibuka sekarang

“Sudahkah ibu bapa anda yang meninggal dunia menunaikan haji?.”"

Sabda Rasulullah S.A.W

““Tiap - tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As .”.” "

Ahmad Fahmi Abdul Rahman!

““Tempat Ketiga Program Hafazan Al Quran Peringkat Remaja Bawah 15 Tahun - 26 Mei 2012 di muzium Kesenian Islam.”.” "

Ustaz Don Daniyal Biyajid!

““Pelancaran Dana Penambahan Bangunan Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 16 Ogos 2012.”.” "

JOM! INFAQ DAN WAKAF!

““Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam.”.” "

Perspektif Cadangan Bangunan Asrama Tahfiz

““Jom! Wakaf harta untuk pembinaan Bangunan Baru Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hubungi 013 2791608 .”.” "

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bersama Ustaz Zamri

Jom! Bersama kami membentuk Generasi Al Quran

Muhammad Zulhusni Bin Othman

Naib Juara Pertandingan Hafazan Al Quran Peringkat Daerah Gombak 19 dan 20 Jan 2013 di Masjid Al Ansar AU2- Kategori 1-20 Juzuk

Khamis, 28 Jun 2012

Detik yang ditunggu!

Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa

Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia...

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan

Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila - bila masa

Selasa, 26 Jun 2012

Persiapan Ramadhan! Gotong Royong Perdana

Gotong royong Perdana ! Menyambut kedatangan Mu Ya! Ramadhan

Gotong rotong membersih kawasan persekitaran Surau Ad Diniyyah. Bersiap menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak! Semua dijemput hadir. Bawa alatan yang sesuai. Jom Bersih!

Tarikh : 08 Julai
Hari : Ahad
Masa : 8.30 Pagi

Sarapan pagi disediakan.

Pulau buatan manusia dijual AS$6.5 juta - Video



VIENNA - Sebuah firma Austria akan membina pulau buatan manusia yang boleh terapung tetapi tidak mempunyai enjin. Pulau tersebut bakal dijual pada harga AS$6.5 juta (RM20.5 juta). Menurut pengasas syarikat Orsos, Gabor Orsos berkata, pulau tersebut boleh berlabuh di mana-mana lokasi.
Beliau menyatakan ia turut boleh ditunda ke lokasi lain.
"Minat terhadap pulau itu datang dari serata dunia termasuk Australia, China dan Amerika Syarikat," katanya semalam.
Orsos yang berasal dari Hungary menyatakan pihaknya memperoleh beberapa pembeli berpotensi dari Australia pada minggu depan. Pulau itu dilengkapi dengan panel solar dan generator berkuasa angin. Seramai 12 orang boleh tidur termasuk kru dan keluasannya ialah 1,000 meter persegi.

Pulau pertama itu akan siap dibina dalam tempoh antara 18 bulan hingga dua tahun. Pembinaan pulau tersebut akan dilakukan di Slovakia. - AFP

 

 


Isnin, 25 Jun 2012

Jom! Download Forum Bersama Ustaz Azhar Idrus & Dato' Ismail Kamus


Rakaman Forum Perdana di Pandan Indah Ahad 24 Jun 2012. Terima kasih Syeikh Arrawa dan Jazimin. Download di sini atau dengar secara online di bawah ini.

Kerja penurapan jalan setaman sedang dijalankan.


Gambar Jalan 7 awal pagi - 

Kerja - kerja menurap jalan setaman sedang dijalankan pagi ini. Kerja penurapan bermula di jalan 7. Terima kasih atas keperihatinan kerajaan Negeri Selangor. Kali pertama jalan ini diturap selepas belasan tahun kawasan taman perumahan ini dibuka. Terima kasih Kerajaaan Negeri Selangor . Bajet Geran Selangor.
Harap bagi kerjasama kepada kontraktor . Jangan menghalang jalan. Jangan parking kenderaan di atas jalan. Kerja penurapan mengambil masa beberapa hari.
Gambar Tengahari - semua kenderaan dialih. Minyak tar disembur. 

Jadual Tazkirah Ramadhan lengkap 100%


Insyallah tazkirah akan berlangsung seperti jadual berikut. Klik Sini

Keputusan Rasmi Pilihanraya Presiden Mesir

Mohamed Morsi
KAHERAH: Calon Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi telah diisytiharkan secara rasmi memenangi pilihan raya Presiden negara itu.Pengisytiharan itu disambut jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tahrir dan bergemalah sahutan Allahu Akhbar.

Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 million undi.Lebih 800,000 undi diisytiharkan tidak sah.

Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir dalam satu ucapannya yang panjang sebelum memberikan keputusan.Beliau mempertahankan intergriti suruhanjaya yang dipengerusikannya

SK: Mohamed Morsi pernah dipenjara di zaman Husni Mubarak dengan tuduhan yang direka - reka. Beliau seorang Hafiz Al Quran

Hebatnya penjara di Mesir. Satu ketika dahulu Nabi Yusuf Alaihi Salam pernah dipenjarakan di penjara Mesir. Nabi Yusuf akhirnya menjadi Raja di Mesir tidak lama selepas baginda keluar dari penjara Mesir. Hari ini sejarah berulang lagi. Mohamed Morsi juga pernah dipenjara di penjara Mesir. Kini Morsi menjadi presiden selepas keluar dari penjara Mesir juga.

Hebatnya PENJARA di Mesir.

Saksikan kegembiraan rakyat Mesir dalam Video ini.



Pengajarannya jangan suka - suka memenjarakan orang tanpa alasan dan bukti yang masuk akal. Kuasa di tangan Allah, bukan di tangan manusia. Orang yang dulu dipenjara, kini memimpin Mesir. Insyallah Islam kembali gemilang di Bumi Mesir.

Ahad, 24 Jun 2012

Berita Baik Bulan Julai ini!

Laut Aral yang hilang! Video

Lautan Aral kini bertukar menjadi Padang Pasir Aral

Firman Allah Taala

"Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran". (QS. Al-Qamar (54) : 49)

Allah Subhanahu Wa Taala menjadikan setiap sesuatu itu ada had dan usianya. Begitulah juga yang terjadi pada Laut Aral yang terletak di wilayah Uzbekistan ini. Lautan ini menjadi semakin kecil tahun demi tahun. Kini Laut Aral sudah menjadi Padang Pasir Aral.
 
 Deretan kapal tersadai di padang pasir

Tiada yang mustahil di sisiNya.


Lihatlah video ini. Pasti kita akan merasa kerdil di sisiNya.
 


 
SK: Betul ke ada pepatah Melayu yang mengatakan Tidak Melayu Hilang di Dunia??