Ruj. Kami:( JKSAD -13-16 / 01/ 13 )
Ruj tuan:
18 JUn 2013
09 Sya’ban 1433
Kepada
Semua Ahli Kariah
Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Per: program
ihya’ ramadhan surau ad diniyyah taman bandar baru selayang fasa 2a untuk tahun
1434H / 2013
Perkara di atas adalah dirujuk
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK Surau Ad Diniyyah pada 16 Jun 2013 telah memutuskan beberapa
perkara berikut:
1 Gotong Royong Perdana membersihkan
kawasan persekitaran surau akan diadakan pada hari Ahad 07 Julai 2013 (Ahad) jam
8.30 pagi. Muslimin dan muslimat diminta datang ke surau pada hari tersebut.
Jamuan makan disediakan. Sila bawa peralatan bergotong royong yang sesuai.
1 Jamuan Moreh: AJK Surau
telah memutuskan untuk membuat kutipan sebanyak minimum RM50.00 setiap rumah untuk jamuan moreh sepanjang Ramadhan
tahun ini. (Sila dapatkan borang
sumbangan di surau dan serahkan sumbangan pada Bendahari Hj. Sapuan Daman. Anda
akan menerima resit rasmi surau untuk setiap sumbangan)
1 Tender Moreh : Tender untuk
penyediaan moreh dibuka mulai sekarang. Sila serahkan sebut harga kepada
Bendahari Surau (Haji Sapuan Daman) sebelum 30 Jun 2013. Sebut harga adalah untuk jamuan selama 27 hari bermula 10 Julai 2013 – 05 Ogos 2013.
Penyediaan makanan untuk 200 orang setiap malam. (Sila nyatakan menu terperinci
harian dan khidmat lain yang disediakan)
1 Tadarrus Al Quran : Tadarrus Al Quran akan diadakan sepanjang
malam. Ibu bapa digalakkan mendaftarkan anak – anak mengikuti program ini.
Hadiah galakan dan insentif akan diberikan di akhir Ramadhan nanti. Untuk
memberikan lebih motivasi kepada anak – anak ibu bapa juga disaran untuk
mengikuti sama program Tadarrus ini. Sebarang pertanyaan berhubung Tadarrus
sila hubungi En. Akashah, Ustaz Faid , Hajjah Azizah Salim dan Puan Sharifah
1 Sumbangan Iftar Muslimat: Lajnah
Muslimat akan mengedarkan juadah berbuka secara PERCUMA pada setiap Isnin ,
Rabu dan Jumaat sepanjang Ramadhan. Kaunter akan dibuka pada setiap lepas Asar
di padang permainan. Semua dijemput datang mengambil juadah tersebut. Sebarang
sumbangan untuk tujuan tersebut sila berhubung terus dengan Lajnah Muslimat.
1 Tahlil Arwah : Majlis
tahlil akan diadakan sepanjang malam. Ahli kariah yang berhajat untuk
mengadakan tahlil sila isi borang tahlil (dapatkan
borang di surau mulai sekarang)
1 Sumbangan Ihya’ Ramadhan : Sumbangan yang
boleh dibuat adalah dalam bentuk
o
Sumbangan susu / gula / teh /
milo / nescafe / biskut
o
Sumbangan anak – anak yatim
o
Sumbangan Penajaan Ustaz pentazkirah
o
Sumbangan Majlis Tahlil
o
Sumbangan berbuka puasa
o
Sumbangan Bersahur pada 10
malam terakhir di surau
o
Sumbangan untuk anak – anak
yang bertadarrus
o
Sumbangan untuk imam Tarawikh
o
Sumbangan untuk Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah
1 Majlis berbuka Puasa (Iftar Jamaie) : Surau Ad Diniyyah akan
mengadakan tiga kali Majlis Berbuka Puasa sepanjang Ramadhan 1433
o 14 Julai 2013 Ahad : Iftar Jamaie’ – Anjuran Surau Ad Diniyyah
o 28 Julai 2013 Ahad : IFTAR JAMA’IE
PASTI AR-RAUDHAH & SURAU AD DINIYYAH 2013 BERSAMA PERSONALITI PILIHAN
(IFTAR RAUDINIY 2013)
o
04
Ogos 2013 Ahad :
Iftar Jamaie’ Anjuran Lajnah Muslimat
1 Majlis Khatam Al Quran / Penyampaian
Sumbangan Majlis tersebut akan diadakan pada 04 Ogos 2013 selepas solat asar di surau
1 Disiplin Anak – Anak : Kerjasama
dari ibu bapa amat diperlukan untuk mengawal disiplin anak – anak sepanjang
berada di surau. Sila pastikan anak – anak tidak membuat bising dan mengganggu
jemaah beribadah.
1 Qiamullail di 10 Terakhir Ramadhan : Qiam akan
bermula jam 3.30 – 5.00 pagi)
1 Urusan Zakat Harta / Pendapatan
/Zakat Fitrah :
Untuk sebarang urusan zakat hubungi Tuan Haji Zulkifli Bin Wahijan (No. 33 Jalan 2A/7) No telefon 013-3672260
1 Maklumat Fakir miskin dan anak
– anak yatim : Jika
anda mempunyai sebarang maklumat tentang anak yatim dan fakir miskin sila
maklumkan kepada Tuan Haji Zulkifli Bin Wahijan (No. 33 Jalan 2A/7) No telefon 013-3672260
3.
Untuk sebarang pertanyaan sila
hubungi
o
Pengerusi Surau : Haji Zulkifli
Bin Wahijan 013-3672260
o
Timbalan Pengerusi Surau: Ustaz
Azhari Ibrahim : 013-9842644
o
Setiausaha : SK 013-2791608.
o
Bendahari : Haji Sapuan Daman
013-3320300.
o
Bendahari Pusat Tahfiz : En.
Ahmad Bin Alias 019-243-9495
o
Lajnah Muslimat : Puan Hajjah Azizah
Binti Salim 016-317-1827
Sekian Terima kasih
Yang Benar
SK
Setiausaha
Surau Ad Diniyyah
013
– 2791608