Ahad, 31 Oktober 2010

Gambar puting beliung di Perlis


Biasa kita dengar tentang puting beliung melanda di luar negara . Jarang kita dengar puting beliung melanda negara kita. Kalau ada pun mungkin ribut dan angin kuat sahaja. Gambar dibawah menceritakan segalanya.

Puting beliung kini menghampiri kita.

KANGAR - Lebih 50 buah rumah, kedai makan dan bengkel membaiki kenderaan di sekitar Jejawi dekat sini rosak akibat angin puting beliung semalam.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Perlis, Mansor Jusoh berkata, kejadian itu yang berlaku kira-kira pukul 6 petang menyebabkan kerugian sekitar RM100,000.

 
Baitul Mal Perlis dan Unit Pembangunan Insan Perlis akan membantu mereka yang terlibat membaiki rumah, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menilai kerugian sebenar, katanya kepada pemberita ketika melawat mereka yang terlibat hari ini. Katanya walaupun sebuah pusat pemindahan dibuka sejak malam tadi, kebanyakan penduduk lebih selesa tinggal sementara bersama saudara - mara.

Sementara itu seorang penduduk, Rohana Abdul Rahman, 52, berkata ketika kejadian dia berada seorang diri di rumah dan terdengar bunyi bising serta rumahnya bergegar."Saya melihat macam ada benda putih di luar rumah dan dalam sekelip mata pintu hadapan pecah dan bumbung diterbangkan angin," katanya kepada Bernama.
 












0 ulasan: