Isnin, 14 Mac 2011

Video Kesan Radioaktif kepada manusia yang mengerikan


Firman Allah dalam Surah Ar Rum ayat 41

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan sebab - sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan - perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Pada tahun 1986, dunia telah menyaksikan satu tragedi pada kemanusiaan dan kehidupan . Pada tahun itu satu letupan loji Nuklear telah berlaku di Chernobyl, Ukraine. Kisah sedih ini dirakamkan dalam video di bawah. Lihatlah kesan letupan dan bahayanya radioaktif nuklear  ini kepada manusia dan kehidupan sejagat. Semoga Allah melindungi kita!




KUALA LUMPUR – Masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Malaysia di Jepun kini bimbang satu lagi letupan dalam bangunan yang menempatkan reaktor No.3 di loji nuklear Fukushima Daiichi-I mungkin berlaku. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano yang berkata, reaktor ketiga itu mempunyai gas hidrogen yang berpotensi menyebabkan letupan.

Kelmarin penduduk Jepun dikejutkan oleh letupan unit reaktor No. 1 di loji yang sama, sehari selepas bencana gempa bumi dan tsunami melanda Jepun.

Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan meluas masyarakat antarabangsa bahawa tragedi letupan loji nuklear di Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 yang mengorbankan lebih 9,000 nyawa manusia bakal berulang.




0 ulasan: