Jumaat, 18 November 2011

Travelog Haj 1432 - Sheikh Solah Al Bidr - Imam Subuh Masjid Nabawi


Imam Solat Subuh dan Maghrib Masjid Nabawi

Mendengar suara Syeikh Bidr ketika solat subuh pertama setiba SK di bumi Madinah pada pagi 30 September 2011, memang meremang kan bulu roma. Suaranya seakan - akan lentok suara Syeikh Abdul Rahman Sudais. Ditambah dengan kecanggihan sistem pembesar suara di dalam masjid ini, suara Syeikh Bidr benar - benar boleh mendirikan bulu roma.

Satu ketika SK pernah cuba merakam bacaannya ketika solat. Tapi hasil bunyinya masih tidak sama seperti mendengar bacaannya secara 'live'. Kemerduannya tersendiri.

Suaranya masih terngiang - ngiang di telinga sampai hari ini.

Meskipun Sheikh Bidr telah lama menjadi imam di Masjid Nabawi, SK lebih mengenali Imam Senior Sheikh Abdul Rahman Al Huzaifi. Bacaan Huzaifi biasa di dengar di corong - corong radio. Tapi suara Sheikh Bidr jarang kedengaran di negara kita.

Lapan hari di Madinah, lapan kali SK berimamkan Sheikh Al Bidr ketika solat subuh dan maghrib. Puas hati. Sebelum berangkat ke Makkah Mukarramah SK berusaha untuk mendapatkan CD rakaman bacaannya di kedai - kedai di sekitar kota Madinah. Alhamdulillah SK berjaya mendapatkan satu cd MP3 Al Quran bacaan Sheikh Al Bidr. Harganya SR10 sekeping. Boleh melepaskan rindu mendengar suaranya yang unik tersendiri........:)

Nama penuhnya ialah Syeikh Solah Al Bidir. Ada juga dikalangan orang arab yang memanggilnya dengan pangilan Al Budair. SK cuba mencari bacaannya di Youtube. Tapi hasil bunyi rakaman pastinya tidak sama dengan sistem pembesar suara Masjid Nabawi yang hebat ini!!!. Ini adalah rakaman solat Maghrib Syeikh Budair pada Ahad 2 Oktober 2011


Rakaman Solat Maghrib pada 2 Oktober 2011 Bersama Syeikh Bidr



Rakaman Solat Subuh pada 3 Oktober 2011 Bersama Syeikh Bidr


Rakaman Solat Subuh pada 4 Oktober 2011 Bersama Syeikh Bidr

Rakaman Solat Subuh pada 5 Oktober 2011 Bersama Syeikh Bidr
Rakaman Solat Subuh pada 6 Oktober 2011 Bersama Syeikh Bidr







0 ulasan: