Jumaat, 4 Januari 2013

Video banjir lumpur di Subang Jaya

 
 
Banjir lumpur di awal tahun
 
SUBANG JAYA: “Ketika memandu kereta, tiba - tiba saya melihat tanah lumpur seperti ombak tsunami datang dari bukit berhampiran dan menimbus kereta saya. Beberapa saat kemudian, satu lagi runtuhan berlaku dan tanahnya menghala ke arah kereta saya.
 
“Tanpa berfikir panjang, saya menarik tangan isteri dan keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri,” kata Abdul Talib Ramli, 59, seorang daripada lapan mangsa kejadian tanah lumpur di Persiaran Putra Bahagia, Putra Heights, di sini, jam 6.15 petang semalam.

Dalam kejadian itu, lima kereta, sebuah van dan sebuah motosikal diselaputi lumpur akibat runtuhan tanah dari Bukit Cermin yang jatuh ke dalam takungan air di kaki bukit sebelum melimpah atas jalan.

Abdul Talib berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri, Siti Laila Othman, 57, dalam perjalanan dari tempat kerja ke rumah di Putra Heights.

“Keadaan cuaca ketika itu cerah dan tidak hujan,” katanya yang memberitahu turut melihat jelas sebuah Perodua Viva dan Toyota Vios yang melalui jalan sama ‘bermandi’ lumpur.


sumber metro


 
 

0 ulasan: